08 Februari 2016

Pengetonan Pada Syiling (Coin Toning)

Pengetonan duit syiling mampu menghadirkan penampilan indah mahupun kelihatan hodoh pada sesuatu duit syiling. Pengetonan pada duit syiling juga mampu membuatkan harga numismatik syiling tersebut menjadi  tinggi atau disebaliknya. Apa yang pasti adalah bagaimana ianya (toning) kelihatan kepada mata memandang.  Biar berapapun nilainya, bagi saya duit syiling yang bertoning sebenarnya bukan lagi dengan kondisi asli.

Ramai kurang faham bagaimana toning terjadi atau mengapa ianya terjadi. "Toning Syiling" (Coin Toning) sebenarnya merujuk kepada perubahan warna atau cahaya patina yg terbentuk pada permukaan duit syiling. Perubahan tersebut terjadi kerana tindak balas diantara permukaan duit syiling dengan oksigen dan bahan kimia lain pada udara. Pengoksidaan ini mampu menghadirkan pelbagai warna dan toning pada permukaan duit syiling dan sangat bergantung kepada kandungan logam syiling itu sendiri.

Toning boleh dikatakan bahawa perkara biasa bagi duit syiling dan ianya juga adalah salah satu rintangan yang harus dilalui dan harus dihindari oleh pengumpul duit syiling. Saya menyatakan ianya sebagai satu "rintangan" sebab toning akan mengubah kondisi asli duit syiling dan ianya terjadi disebabkan pengoksidaan (pencemaran). Bukan senang untuk mendapatkan toning indah dan jika terdapat toning indah sekali pun, tiada jaminan ianya akan kekal abadi.

Pengetonan terjadi secara semula jadi dan ianya akan mengambil masa cukup lama (perlahan). Ada kalanya bertahun hingga berabad lamanya untuk menimbulkan atau menonjolkan warna gelapnya.

Pengetonan tiruan pula boleh dilakukan dengan campuran bahan kimia dan mendedahkan permukaan duit syiling agar ianya mampu bertindak balas padanya. Ramai "doktor syiling" kini mampu menghasilkan syiling bertoning untuk mendapatkan keuntungan cepat. Toning tiruan yang dihasilkan oleh "doktor syiling" biasanya akan memiliki toning sama rata atau kelihatan indah dan menarik perhatian mata yang memandang.

Biasanya pengumpul memerlukan pengetahuan dan pengelaman untuk mengenal pasti dan membezakan toning tiruan. Jika anda tidak mampu mengenali atau mengesan toning tiruan maka sebaiknya mengelak untuk membayar dan membeli syiling-syiling toning dengan harga tinggi.

Malaysia merupakan negara dengan udara lembab sepanjang tahun. Udara lembab merupakan salah satu musuh utama kepada duit syiling. Duit syiling yang terdedah kepada pengaliran udara biasanya memiliki peluang tinggi untuk bertoning.

Berikut adalah beberapa tips agar syiling di dalam simpanan anda terus kekal dengan kondisi asli/asal tanpa dicemari proses toning/pengoksidaan:


Coin Capsule

JANGAN mengunakan bekas/bahan plastik yang mengandungi PVC

Simpan di dalam bekas kedap udara

Tempatkan Gel Silica di dalam bekas kedap udara.


Simpan di dalam 'Dry Box'


'Grading'kan syiling anda agar ianya selamat di dalam 'slap'.


Pengawasan bahan koleksi penting di dalam mengumpul dan menyimpan bahan koleksi numismatik. Biarpun semua cara-cara di atas boleh diamalkan untuk menyimpan koleksi anda dengan betul namun tiada jaminan ianya selamat 100%. Sentiasa mengawasi duit syiling anda dari masa kesemasa dengan mengeluarkan dari simpanan dan memeriksanya.

Risiko sentiasa menghantui bahan koleksi anda selagi ianya terdedah kepada udara lembab. Sentiasa ingat, Bekas kedap udarapun mampu rosak. Maka punca masalah adalah 'kelembaban' dan bukannya bekas yang rosak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...