24 Januari 2016

Benarkah RM1 CR AAH adalah wang keluaran BNM?


Semakin ramai telah mula berfikir dan ingin mengetahui atau sedang mencari jawapan disebalik misteri-misteri numismatik di Malaysia. Kami menulis dan berkongsi agar ianya tidak terus menjadi rahsia dan dipenuhi misteri. Sekurang-kurangnya sebahagian kisah asalnya dapat diketahui oleh para numismatis dan pendatang baru.


Semakin hebat soalan demi soalan yang mereka ajukan pada kami dengan meminta kami membekalkan bukti agar segala perkongsian kami bukan ciptaan semata-mata. Biarpun email dan msg mereka sedikit membebankan kami namun sebagai seorang penulis yang pernah menulis dan berkongsi artikel-artikel numismatik yang mereka maksudkan, maka kami cuba membekalkan fakta yang mereka perlukan untuk membuktikan bahawa tulisan kami memang berasas. Biasanya kami menjawap email dan msg mereka dan ada kalanya kami menulis artikel seperti ini agar semua mampu membacanya.

Namun bukan semua penulisan kami mampu dibuktikan atau perlu dibuktikan. Kami faham peranan kami sebagai penulis, tentang apa dan mengapa kami menulis. Ada kalanya kami terpaksa menyimpan dan tidak kongsi fakta dan bukti dengan mengambil kira akan baik buruknya perkongsian tersebut. Kenapa? Agar ianya tidak disalah gunakan oleh pihak yang berkepentingan mahupun beberapa perkara yang biasa menjadi tembok penghalang.




Ramai menulis dan bertanya soalan berkait posting pertama numiscat iaitu RM1 AAH (Ali Abul Hassan) . Berikut adalah soalan atau kemuskilan yang kerap diajukan pada kami :-



  1. Pernahkah BNM mengakui kewujudan RM1 dengan tanda tangan AAH?
  2. Buktikan RM1 AAH adalah wang asli yang dikeluarkan oleh BNM?
  3. Buktikan bahawa RM1 AAH salah terlepas keluar di Pulau Pinang?
  4. Benarkah wujud RM1 AAH tanda tangan tepi?
Berikut adalah bukti pengakuan oleh pihak Bank Negara Malaysia untuk soalan1 dan 2.

Sumber asal dari BNM

Petikan di atas adalah tulisan di laman rasmi BNM berkait RM1 siri 11 "Wawasan 2020". Ianya adalah bukti dan pengakuan pihak BNM bahawa memang wujud RM1 dengan tanda tangan Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. 

Maka memang benar RM1 AAH adalah keluaran BNM dan kami telah membekalkan bukti pengakuan pihak BNM sendiri. Para pengumpul bukannya kurang siuman dengan menawarkan harga tinggi untuk memiliki RM1 AAH.


Jika anda masih inginkan jawapan untuk soalan ke 3, saya cadangkan agar anda menulis terus kepada pihak Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan jawapan bertulis dari mereka sebab BNM mengakui kewujudan RM1 AAH di laman web rasmi mereka.

Bukan senang untuk mendapatkan bukti berkait numismatik di Malaysia tanpa penulisan dan rekod seperti ini. Pihak BNM pula memiliki tanggungjawap, tugas dan misi lebih penting sebagai bank pusat berbanding dunia numismatik dan soalan yang dibangkitkan oleh para numismatis.


RM1 dengan tanda tangan tepi AAH adalah wang yang telah diubah-suai atau wang palsu.

Klik di sini untuk membaca artikel asal dari alphanumis

RM1 seperti di gambar atas memang wujud tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak BNM. Ianya adalah wang kertas yang telah diubahsuai atau wang kertas palsu. Sekiranya ada pihak yang mengelirukan anda dengan mengakui mereka memiliki RM1 AAH tanda tangan tepi, soalan pertama yang harus anda bertanya dengan mereka adalah "Apakah prefix dan nombor siri wang tersebut".

RM1 siri 11 iaitu siri Wawasan 2020 bermula dengan prefix set pertama dengan AA hingga YZ dan set kedua pula dengan AAA hingga AGP. Maka kesemua prefix yang bermula dari AA hingga AGP memiliki tanda tangan Gabenor Zeti Aziz kecuali prefix CR dengan tanda tangan AAH. Prefix CS, CT, CU, CV dan CW tidak dijumpai atau tidak dikeluarkan.


Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh prefix RM1 siri 11.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...