MYCC
2016a
|
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
|
27
Feb
2016
|
||||||||||||
Kejohanan Pingpong
Berpasukan Dunia 2016
World Team Table Tennis Championships 2016
|
||||||||||||||
Bank
Negara Malaysia mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan (Perak, Tembaga & Emas Nordic) bersempena
dengan Kejohanan Pingpong Berpasukan Dunia 2016. Kejohanan antarabangsa ini
telah menerima penyertaan lebih daripada 100 negara. Kejohanan ini diadakan dari 28 Februari 2016 hingga 6 Mac 2016 di Stadium Malawati, Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan.
Pertama kali Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan dengan perkara2 berikut :-
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
|
||||||||||||||
SPESIFIKASI TEKNIKAL
|
||||||||||||||
MYCC
2016a
|
Komposisi
Composition |
Nilai Muka
Face Value |
Tempaan
Mintage |
Berat
Weight
(grm)
|
Diameter
(mm)
|
|||||||||
Thickness
(mm)
|
||||||||||||||
AgP
Perak Pruf
|
Perak
Silver
(99.9) |
RM10
|
500
@RM200
|
31.10
|
Diameter
40.70
|
|||||||||
Tebal
3.05
|
||||||||||||||
Cu
Tembaga
|
Kemasan tanpa kilat
Matte finishing
(Cu99.99)
|
RM5
dilelong pada harga
penumjuk
RM150 |
150
|
130
|
Diameter
60.00
|
|||||||||
Kemasan kilat
(mirip pruf)
Mirror finishing
(proof-like) |
150
|
Tebal
5.80
|
||||||||||||
NBU
Normal BU
|
Nordic Gold
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
|
RM1
|
10,000
@RM10
|
8.50
|
Diameter
30.00
|
|||||||||
Tebal
1.80
|
||||||||||||||
S2
|
AgP + Nordic Proof
|
Set of 2
|
2,000
@RM250
|
|||||||||||
Sisi
Edge
|
Bergerigi | Milled Edge
|
|||||||||||||
Bentuk
Shape
|
Bulat | Round
|
|||||||||||||
Kilang
|
Kilang Wang Shah Alam
|
|||||||||||||
|
||||||||||||||
Maklumat Tambahan
|
||||||||||||||
Semua Duit Syiling
Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium
pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka
sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.
Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.
|
||||||||||||||
28 Februari 2016
MYCC 2016a: Kejohanan Pingpong Berpasukan Dunia 2016
27 Februari 2016
Wang kertas di dalam Edaran pada 31hb Disember 2015
Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada 31hb Disember 2015.
Jumlah Wang Kertas di dalam edaran pada
31 Disember 2015 | |
Denominasi
|
Ringgit Malaysia
|
RM1
|
2,033,222,208
|
RM2
|
126,278,708
|
RM5
|
1,734,761,810
|
RM10
|
4,890,933,840
|
RM20
|
2,074,433,380
|
RM50
|
40,570,543,300
|
RM100
|
33,810,520,000
|
RM500
|
74,759,500
|
RM1000
|
24,494,000
|
Jumlah RM
|
85,339,946,746
|
*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. Biarpun begitu, masih terdapat sebanyak RM74.76 juta wang kertas denominasi RM500 dan 24.49 juta Ringgit wang kertas RM1000 di dalam edaran yang masih belum dikembalikan pada pihak Bank Negara Malaysia.
Angka di atas menunjukan ada sedikit penurunan bagi jumlah wang kertas RM500 dan RM1000. Ini bermaksud 32 keping RM1000 dan 36 keping RM500 telah dikembalikan kepada pihak Bank Negara Malaysia sepanjang tahun 2015.
08 Februari 2016
Cara penyimpanan dan penjagaan duit syiling.
Ramai di luar sana sedang
menyimpan dan cuba mengumpul duit syiling tanpa sedar cara penyimpanan yang
betul. Kegagalan menyimpan dengan cara yang betul dan sesuai hanya akan
menghadirkan kekecewaan setelah satu jangka masa.
Sekiranya anda ingin atau telah
bersedia menjadi seorang "numismatis" maka perkara asas yang perlu
anda mengetahui adalah cara penyimpanan dan penjagaan yang betul. Ramai akan
berfikir ianya memakan kos yang tinggi tetapi anda mampu melakukan
mengikut kemampuan masing-masing. Saya masih percaya bahawa pengetahuan dan
ilmu numismatik mampu selamatkan para numismatis daripada pembaziran.
Asas penyimpanan dan penjagaan
akan menjadi satu kewajiban bagi syiling-syiling dengan kondisi terbaik/tertinggi
agar nilai numismatiknya tidak terjejas kerana kecuaian penjagaan. Kegagalan
untuk menyimpan dan menjaga duit syiling akan terdedah kepada dua ancaman
penting iaitu sentuhan dan pencemaran.
Sentuhan akan mewujudkan tanda dan bukti pada duit syiling bahawa
ianya pernah bersentuhan pada objek lain dengan menonjolkan tanda-tanda
sentuhan, kecalaran dan kehausan pada duit syiling.
Pencemaran pula akan mewujudkan berbezaan warna, kesan kekotoran dan pengetonan pada duit syiling. Semburan air liur anda pada duit syiling sahaja
sudah mencukupi untuk mencemarkan duit syiling anda.
Kedua-dua kesan daripada
ancaman tersebut akan kekal abadi pada syiling tersebut. Maka cara terbaik
adalah untuk mengelak ianya daripada terjadi.
Berikut adalah beberapa tips penjagaan :

1) Jangan sentuh atau pegang permukaan
duit syiling dengan tangan kosong. Kemungkinan tangan/jari anda berminyak atau
memiliki bahan kimia lain di mana ianya mampu melekat pada permukaan duit
syiling. Kesan sentuhan ini akan menjadi abadi dan anda akan gagal untuk
menghilangkannya. Sebaiknya menggunakan sarung tangan kapas (cotton) atau
peralatan khas (tweezers) untuk memegang duit syiling.
Pastikan anda kerap
mengeluarkan koleksi syiling anda untuk dilihat dan dipantau. Ini akan membantu
anda untuk mengesan sebarang pencemaran/kerosakan pada peringkat awal agar
ianya mampu diselamatkan (restoration).
2) Jangan mencuci atau mengkilatkan (polish) duit syiling. Ramai pendatang baru biasanya melakukan kesalahan ini. Bagi mereka semua benda yang tidak cantik atau kotor boleh dibersihkan dengan mencucinya. Tugas saya di sini adalah untuk menyedarkan bahawa bahan koleksi akan hilang nilai numisamtik apabila anda telah menghilangkan kondisi asalnya dengan membersihkannya.
Bayangkan duit syiling anda
seperti air. Mampukah anda membersihkan air dengan mencucinya? Sudah pasti
tidak kerana air tersebut akan menjadi lebih kotor dan keruh. Namun air boleh dibersihkan sekiranya anda tahu caranya tetapi yang pasti air
tidak boleh dicuci untuk membersihkannya!
3) Jangan biarkan duit syiling
bersentuhan dengan objek keras. Ianya akan meninggalkan kesan sentuhan dan
kesan calar. Kesan sentuhan dan calar pada permukaan duit syiling akan
menurunkan kondisi/kualiti sesuatu duit syiling seterusnya akan menjatuhkan nilai
numismatiknya.
4) Jangan biarkan sebarang cecair terkena mahupun membasahi duit syiling.
Seperti kita semua sedia maklum, semua cecair di dalam dunia ini bersifat
pasti iaitu sama ada bersifat asid atau alkali. Asid dan alkali adalah
bahan kimia yg mampu bertindakbalas dengan mana-mana logam dengan kehadiran
oksigen. Proses ini disebut sebagai pengoksidaan dan pengoksidaan logam adalah bersifat Bes. Bes
bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan air dan garam. Semua ini
akan terjadi secara berperingkat berserta amat perlahan dan akhirnya merosakan kondisi dan penampilan duit
syiling tersebut. Pastikan bahan koleksi anda bebas daripada udara lembab dan perlu
disimpan di tempat yang kering.
5) Album Syiling - Anda boleh membeli album duit syiling mengikut kemampuan atau kesesuaian anda dan simpan duit syiling anda berasingan mengikut poket yang disediakan.
6) Coin Holder - Coin Holder
adalah salah satu pilihan masa kini untuk mengasingkan syiling pilihan kita
daripada bersentuhan dengan syiling lain.
7) Coin Capsule - Coin Capsule
adalah pilihan tepat untuk menyimpan syiling bernilai tinggi sebab ianya
bersifat kedap udara dan mampu menyelamatkan syiling daripada bersentuhan
dengan objek lain.
8) Simpan mengunakan bekas/bahan
plastik yang TIDAK mengandungi PVC
Kepada anda yang inginkan
alternatif lebih mudah dan murah, anda boleh asingkan duit syiling anda dengan
menyimpannya di dalam beg plastik dan tempatkan di dalam bekas plastik. Namun
harus diingat bahawa anda harus HINDARI bahan plastik yang mengandungi PVC. (Biasanya semua plastik yang digunakan untuk menyimpan bahan makanan/ubat-ubatan
TIDAK mengandungi PVC).
Semua bekas plastik mampu memerangkap
kelembaban yang hadir di dalamnya. Kelembaban tersebut akan bertindak balas
sekiranya plastik tersebut memiliki PVC dengan membebaskan gas berasid. Gas
berasid inilah akan memusnahkan kondisi dan kualiti syiling anda.
Anda boleh melihat pada
kod bekas plastik tersebut di mana di bahagian bawah biasanya tertulis dengan
kod plastik yang digunakan. Bahan plastik yang mengandungi PVC akan dicop
dengan kod nombor 3 dan abjad V atau PVC.
Andai kata tiada cop kod plastik maka anda boleh mengunakan cara berikut untuk menguji sendiri sama ada
bahan plastik yang anda miliki itu mengandungi PVC atau tidak:-
- Dapatkan dawai halus tembaga tanpa sebarang pembalut dan panaskan pada api dapur sehingga panas kemerahan.
- Sentuh hujung dawai tersebut dengan bahan plastik yang ingin diuji dan kembalikan hujung dawai tersebut kepada api dapur.
- Sekiranya api pada hujung dawai bertukar menjadi warna biru-hijau maka plastik tersebut mengandungi PVC.
- Sekiranya anda melihat api berwarna kuning, maka bahan plastik tersebut bebas dari PVC dan selamat untuk menyimpan bahan numismatik anda.
9) Simpan duit syiling anda di
dalam bekas kedap udara. Bekas kaca yang berkedap udara adalah yang terbaik
namun kos untuk memiliki bekas kaca juga kini sudah mula melambung tinggi. Maka bekas plastik telah dijadikan alternatif.
10) Letakkan Gel Selica di
dalam bekas kedap udara anda. Ianya akan membantu menyerap kelembaban yang
masih wujud setelah ianya ditutup. Biasanya 1 gram Gel Selica diperlukan utk ruang 1 liter atau 61 inci padu.
11) Simpan di dalam 'Dry Box'.
Pilihan ini sudah pasti memakan kos yang tinggi dan pada masa yang sama
memberikan kesan maximum. Kepada anda yang rajin mengumpul duit syiling emas, perak
dan pruf, Dry box adalah pilihan terbaik sebab ianya mampu kekalkan suhu (20-24
celsius) dan menghalang kelembaban daripada menganggu koleksi anda.
12) 'Grading'kan syiling anda
agar ianya selamat di dalam 'slap'. Tips ini boleh diamalkan untuk jenis syiling yang memiliki nilai numismatik tinggi.
Pengawasan bahan koleksi penting di dalam mengumpul dan menyimpan bahan koleksi numismatik. Biarpun semua cara-cara di atas boleh diamalkan untuk menyimpan koleksi anda dengan betul namun tiada jaminan ianya selamat 100%. Sentiasa mengawasi duit syiling anda dari masa kesemasa dengan mengeluarkan dari simpanan dan memeriksanya.
Kepada semua pembaca yang baru berjinak di dalam dunia numismatik, pilihlah mana-mana tips daripada senarai di atas mengikut kemampuan anda. Jika anda memiliki duit syiling specis 'rare' atau duit syiling yang memiliki nilai numismatik tinggi, simpanlah di dalam "coin capsule", ianya bukanlah mahal sangat tetapi pilihan bagus sebab ianya mampu menjaga permukaan syiling daripada sebarang sentuhan.
Memburu, membeli dan memiliki sesuatu duit syiling dengan nilai numismatik tinggi tidak akan menjanjikan apa-apa sekiranya duit syiling tersebut tidak disimpan dan dijaga dengan betul. Seorang numismatis wajib mengetahui dan mengamalkan cara penyimpanan dan penjagaan yang betul.
Pengawasan bahan koleksi penting di dalam mengumpul dan menyimpan bahan koleksi numismatik. Biarpun semua cara-cara di atas boleh diamalkan untuk menyimpan koleksi anda dengan betul namun tiada jaminan ianya selamat 100%. Sentiasa mengawasi duit syiling anda dari masa kesemasa dengan mengeluarkan dari simpanan dan memeriksanya.
Kepada semua pembaca yang baru berjinak di dalam dunia numismatik, pilihlah mana-mana tips daripada senarai di atas mengikut kemampuan anda. Jika anda memiliki duit syiling specis 'rare' atau duit syiling yang memiliki nilai numismatik tinggi, simpanlah di dalam "coin capsule", ianya bukanlah mahal sangat tetapi pilihan bagus sebab ianya mampu menjaga permukaan syiling daripada sebarang sentuhan.
Memburu, membeli dan memiliki sesuatu duit syiling dengan nilai numismatik tinggi tidak akan menjanjikan apa-apa sekiranya duit syiling tersebut tidak disimpan dan dijaga dengan betul. Seorang numismatis wajib mengetahui dan mengamalkan cara penyimpanan dan penjagaan yang betul.