06 Mac 2016

Tempaan sebenar syiling RM5 WTTC melebihi 500 keping?



Bank Negara Malaysia telah mengadakan lelongan awam ke empat wang kertas dengan nombor siri istimewa dan buat julung kali menjual syiling peringatan melalui lelongan awam.

Ramai pengumpul tegar (syiling peringatan) tempatan pasti kecewa kerana gagal untuk memiliki syiling tembaga RM5 WTTC 2016. Salah satu sebab utamanya adalah ianya dibida dengan harga terlalu tinggi sehingga terpaksa melepaskan ianya pergi. Rata-rata ianya dibida diantara RM1700 hingga RM2400.

Biarpun harga menjadi penbincangan utama di kalangan pengumpul namun ada perkara lain yang bermain di dalam fikiran saya iaitu jumlah tempaan yang diluluskan. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan jumlah tempaan yang dimaklumkan oleh pihak BNM di dalam siaran akhbarnya berbanding sijil rasmi syiling tersebut.

Jumlah tempaan sesuatu duit syiling memainkan peranan sangat penting di dalam mewujudkan nilai numismatiknya. Jumlah tempaan bagi syiling RM5 WTTC perlu dipertikaikan dan saya berharap pihak BNM akan tampil menjelaskan percanggahan maklumat berkait tempaan yang dibenarkan.



Jika kita melihat pada siaran akhbar yang dikeluarkan di laman BNM, tempaan yang diluluskan bagi syiling peringatan RM5 WTTC bagi jenis kemasan tidak kilat adalah 150 keping dan bagi jenis kemasan mirif pruf adalah 150 keping.

Siaran akhbar ini dikeluarkan sebelum syiling RM5 WTTC dilelongkan maka sehingga ianya dibida tiada pembida yang tahu akan apa yang tertera pada sijil syiling peringatan RM5 WTTC. 

Berikut adalah apa yg tertera pada sijil syiling peringatan RM5 WTTC.


Tempaan dibenarkan adalah 260 keping bagi jenis kemasan mirif pruf. Jika benar apa yang tertera pada sijilnya maka setiap kemasan ditempa sebanyak 260 keping dan jumlahnya adalah 520 keping bagi kedua-dua jenis kemasan?

Apapun jumlah tempaannya, pihak BNM harus tampil untuk memberikan pencerahan agar semua pengumpul dan para numismatis
 mengetahui tempaan sebenar yang telah dikeluarkan agar sejarah tidak tersalah tulis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...