28 Mac 2016

Wang kertas RM50 siri 12 Prefix Gantian ZE


Pengumpul prefix FLR (first, last, replacement) sudah pasti tengah menunggu untuk mengenal pasti prefix terakhir bagi siri 12 dan menanti prefix pertama bagi siri 13.

Sementara meneka dan meramal prefix terakhir siri 12 sambil menanti prefix pertama siri 13, cuba lihat pada koleksi anda sama ada anda telah memiliki RM50 Zeti siri 12 prefix ZE  atau belum. 

Jika RM50 ZE tiada di dalam koleksi atau simpanan anda, masih belum terlambat untuk anda mencari dan mendapatkannya. Saya meramalkan prefix ZE kemungkinan besar akan menjadi prefix gantian terakhir dan terhad bagi RM50 siri 12 setelah prefix ZA siri Merdeka.


Prefix ZB, ZC dan ZD boleh kelihatan dengan nombor lebih besar dari  1-2 juta berbanding prefix ZA dan ZE yang kurang dari nombor 300,000 dan  500,000.

Saya pernah melihat nombor siri terbesar di dalam edaran ZE04, Ini bermaksud lebih 400,000 keping sudah berada di dalam edaran. Ianya satu jumlah yang agak besar biarpun terhad akan tetapi soalan yang harus menjadi keutamaan di dalam numismatik adalah berapa banyak daripada lebih 400,000 keping telah diselamatkan dengan kondisi UNC dan berada di dalam simpanan para numismatis.

Kenalan baik saya telah mengkirimkan 2 keping RM50 ZE kepada saya sebelum saya menemuinya daripada mesin ATM sekitar bulan Disember 2015. Mungkin agak sukar untuk menemuinya di dalam edaran (mesin ATM) dengan kondisi UNC sekarang namun tidaklah mustahil untuk menemui dan berjumpa dengan prefix ZE. 

RM50 ZE dengan kondisi UNC masih boleh diperolehi dengan harga mampu milik (sekitar RM70-100 bagi ZE00). Harga tersebut mungkin akan meningkat setelah  Dr.Zeti bersara dari BNM pada hujung bulan April 2016.

4 ulasan:

  1. prefix replacement rm50 siri12 ze2168637 UNC dari mesin atm saya dapat tuan

    BalasPadam
  2. Sy ad 1 rm50 prefiz ZE 06xxxxxx..brape nilai untk msa skarang?

    BalasPadam
  3. Sy ad 1 rm50 prefiz ZE 06xxxxxx..brape nilai untk msa skarang?

    BalasPadam
  4. Dalam simpanan saya ada rm50 siri no ZE2449981, dan ZE1022180

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...