Seperti yang semua sedia maklum, tahun 2015 sebenarnya telah mencatatkan beberapa perkara dan detik hitam bagi Malaysia dari segi ekonomi mahupun politik. Biarpun ianya menjadi buah mulut dan sedang hangat diperbualkan oleh rakyat, ada juga beberapa perkara dan detik manis yang harus dipertengahkan oleh kita sebagai numismatis Malaysia.
Tahun 2015 boleh dikatakan sebagai tahun sangat bermakna dan penuh kejayaan bagi arena numismatik Malaysia. Banyak kisah mampu dijadikan sejarah dan seterusnya telah mewarnai kalender tahun 2015 agar ianya mampu dikenang dengan penuh senyuman.
Berikut adalah beberapa kisah kejayaan Numismatik dan Numismatis Malaysia sepanjang tahun 2015 yang sempat saya rekodkan dan ingin kongsikan dengan anda semua.
Syiling peringatan termahal 2015
RM23,000 |
Syiling peringatan emas pertama.
Syiling emas peruf pertama
Tempaan 500 keping sahaja.
Wang kertas termahal 2015
RM322,000 |
Wang kertas gentian pertama
Nombor siri pertama
RM87,000 |
Prefix Pertama siri keunikan Malaysia
Bernombor siri super solid #8
Buku Numismatik Termahal 2015
RM1500 |
berserta dengan
panduan harga oleh MNS Publication.
Numismatis Kebangaan Negara
Tuan Ismail Ibrahim (kiri) |
Tuan Ismail Ibrahim merupakan pereka cipta syiling peringatan Malaysia. Namun tiada pendedahan dan pengiktirafan berkait beliau. Tahun 2015 telah mencatat detik manis di dalam arena numismatik apabila Tuan Ismail Ibrahim telah ditemui dan beliau sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang amat didahagakan oleh para numismatis Malaysia.
Sekalung Tahniah buat Malaysiancoin.com atas kejayaan ini.
Kumpulan Graduan Numismatik pertama Malaysia 2015
Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia |
Kini Malaysia dengan banganya telah memiliki :
1) Program akademik numismatik Universiti Pahang Malaysia.
Semoga para graduan ProCins akan terus membantu perkembangan Numismatik Malaysia.
Peristiwa dan perkara seperti di ataslah akan terus meletakan numismatik Malaysia pada tahap yang tinggi dan terus dijeling oleh para numismatis luar. Permulaan 2016 juga memiliki perjalanan dan destinasi yang harus kita mewarnai demi menjadi kenangan indah untuk generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan