Istilah Keydate dan Semi Keydate lazimnya digunakan untuk memaksudkan tahun tempaan paling sedikit bagi sesuatu denominasi duit syiling sepanjang tempoh sirinya dikeluarkan. Di mana keydate dan semi keydate menjadi buruan para pengumpul sebab ianya pasti sukar untuk dijumpai lebih-lebih lagi dengan kondisi gred tertinggi setelah suatu jangka masa.
Bagaimana jika kita mampu meneka atau meramal seterusnya mula simpan dan kumpul ketika ianya masih senang untuk diperolehi? Sebagai contoh keydate syiling siri ketiga yang sedang memenuhi pasaran kini.
Bagaimana jika kita mampu meneka atau meramal seterusnya mula simpan dan kumpul ketika ianya masih senang untuk diperolehi? Sebagai contoh keydate syiling siri ketiga yang sedang memenuhi pasaran kini.
Senarai Keydate dan Semi Keydate bagi syiling siri pertama dan kedua.
Tahun
|
1968
|
1969
|
1970
|
1971
|
1977
|
1979
|
1985
|
1986
|
1988
|
1SEN
|
10.50
|
-
|
25.35
|
47.86
|
21.75
|
15.71
|
52.40
|
48.92
|
56.75
|
5SEN
|
74.54
|
-
|
-
|
16.66
|
10.61
|
38.82
|
15.55
|
-
|
26.79
|
10SEN
|
128.3
|
-
|
-
|
32.2K
|
52.72
|
50.63
|
-
|
-
|
17.85
|
20SEN
|
40.44
|
15.00
|
1.054
|
9.958
|
66.14
|
17.35
|
-
|
-
|
67.22
|
50SEN
|
12.00
|
2.000
|
-
|
8.404
|
17.72
|
5.361
|
7.115
|
8.193
|
26.79
|
Keydate
|
Semi
Keydate
|
||||||||
Tahun
|
1982
|
1986
|
1989
|
1991
|
1994
|
1995
|
1997
|
2003
|
2004
|
1SEN
|
37.30
|
48.92
|
28.43
|
100.3
|
185.1
|
208.6
|
172.2
|
235.4
|
227.7
|
5SEN
|
118.6
|
-
|
20.48
|
46.09
|
83.03
|
53.07
|
7.704
|
75.69
|
11.52
|
10SEN
|
145.6
|
-
|
32.39
|
133.3
|
7.122
|
82.22
|
78.96
|
8.640
|
170.6
|
20SEN
|
97.90
|
-
|
28.95
|
82.77
|
2.680
|
-
|
78.48
|
-
|
96.84
|
50SEN
|
20.58
|
8.193
|
6.639
|
20.72
|
6.566
|
1.650
|
16.14
|
32.58
|
37.89
|
$1
|
0.202
|
0.252
|
20.41
|
169.0
|
36.90
|
132.2
|
-
|
-
|
-
|
Apakah Keydate dan Semi Keydate bagi syiling siri ketiga setelah ianya berada di dalam edaran sejak 2012 dan memiliki syiling tahun 2011? Apakah anda ingin mempertikaikan tentang jumlah tempaan dan maklumat berkaitnya?
Saya sendiri tidak memiliki data mahupun maklumat tepat berkait jumlah tempaan namun saya mampu menghitung dan meramal bahawa kesemua denominasi ditempa tidak kurang dari 50 juta keping setiap tahun sejak 2012.
Saya percaya trand/jumlah pengeluaran ini akan terus bertambah sehingga syiling siri ke-3 menguasai edaran/ pasaran seterusnya bakal melenyapkan kewududan syiling siri 1 dan 2.
Sekiranya kita menyusun secara teratur angka paling sedikit hingga ke angka paling besar, kita akan nampak realiti dan fakta untuk kesemua keydate dan semi keydate.
Berikut adalah senarai tahun Keydate dan Semi Keydate mengikut kedudukan paling sedikit.
Rank
|
Tahun
|
Denominasi
|
Jumlah Tempaan
|
1
|
1971
|
10 Sen
|
32,236
|
2
|
1982
|
$1
|
201,550
|
3
|
1986
|
$1
|
252,473
|
4
|
2011
|
5/10/20/50
|
500,000
|
5
|
1970
|
20 Sen
|
1,054,000
|
6
|
1995
|
50 Sen
|
1,650,423
|
7
|
1969
|
50 Sen
|
2,000,000
|
8
|
1970
|
1 Sen
|
2,535,000
|
9
|
1994
|
20 Sen
|
2,680,339
|
10
|
1979
|
50 Sen
|
5,361,146
|
11
|
1994
|
50 Sen
|
6,565,914
|
12
|
1978
|
20 Sen
|
6,847,062
|
13
|
1994
|
10 Sen
|
7,122,222
|
14
|
1997
|
5 Sen
|
7,703,850
|
15
|
2003
|
10 Sen
|
8,640,000
|
16
|
1968
|
1 Sen
|
10,500,000
|
17
|
1977
|
5 Sen
|
10,609,162
|
18
|
2004
|
5 Sen
|
11,520,000
|
19
|
1985
|
5 Sen
|
15,553,101
|
20
|
1988
|
10 Sen
|
17,852,262
|
21
|
1989
|
$1
|
20,409,995
|
22
|
1989
|
1 Sen
|
28,429,082
|
23
|
1989
|
20 Sen
|
28,945,225
|
24
|
1994
|
1 Ringgit
|
36,899,026
|
25
|
1991
|
1 Sen
|
100,314,734
|
Jika diperhatikan dan diteliti dengan betul, kita akan nampak kedudukan di tangga ke 4 adalah syiling siri ketiga tahun 2011 dengan jumlah tempaan 500,000. Tanga ke 5 adalah milik 20sen 1970 dengan jumlah tempaan melebihi 1 juta keping. Andaikata biarpun set 2011 telah ditempa sebanyak 1 juta keping, kedudukannya masih kekal di tanga ke 4. Ini bermaksud syiling siri ke-3 (Keunikan Malaysia) memiliki potensi tinggi untuk memiliki nilai numismatik yang menguntungkan pada pengumpul di hari muka.
Nilai sesuatu mata wang di dalam edaran sebenarnya bukan dipengaruhi sepenuhnya oleh jumlah tempaan keluaran, akan tetapi oleh jumlah yang masih wujud dan bertahan di dalam edaran.
Sesungguhnya nilai numismatik sesuatu mata wang ditentukan oleh permintaan dan buruan pengumpul itu sendiri dan seterusnya adalah jumlah tempaan. Tanpa permintaan tidak akan ke mana pun sesuatu item numismatik biarpun ianya hanya wujud beberapa keping sahaja di dalam dunia.
Kepada anda yang belum memiliki set syiling siri ketiga tahun 2011 , jangan lepaskan peluang untuk memilikinya sebab ianya masih murah dan senang dimiliki ketika ini (Jun 2015).
*Nota : Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga (2011) hanya wujud di dalam bentuk "coin card" kerana ianya tidak dikeluarkan bagi tujuan edaran. Set syiling ini memiliki empat denominasi iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Ada juga yang mengakui terjumpa tahun 2011 di dalam edaran. Syiling-syiling siri ketiga yang dijumpai di dalam edaran itu sebenarnya telah dikeluarkan dari coin card.
Anda boleh membaca berkait Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga di sini.
*Nota : Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga (2011) hanya wujud di dalam bentuk "coin card" kerana ianya tidak dikeluarkan bagi tujuan edaran. Set syiling ini memiliki empat denominasi iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Ada juga yang mengakui terjumpa tahun 2011 di dalam edaran. Syiling-syiling siri ketiga yang dijumpai di dalam edaran itu sebenarnya telah dikeluarkan dari coin card.
Anda boleh membaca berkait Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan