03 Jun 2015

Duit syiling di dalam Edaran pada 31hb Disember 2014.

Sebelum ini saya pernah menulis berkait jumlah wang kertas di dalam edaran dan menyatakan bahawa akan menulis berkait duit syiling di dalam edaran pula. Pasti anda telah menanti dan harapkan data berkait duit syiling di dalam edaran kan?. 

Sebenarnya agak susah juga untuk kumpulkan data berkait duit syiling sebab banyak denominasi yang telah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak tahun 1967 bagi tujuan edaran dan peringatan.

Saya harap para pembaca mampu memahami apa yang saya cuba sampaikan dengan data dan maklumat berikut. Sekiranya anda kurang faham atau perlukan penjelasan, sila hubungi saya.

Berikut adalah jumlah nilai duit syiling di dalam edaran mengikut denominasi pada 31hb Disember 2014.


Duit Syiling di dalam edaran pada 31 Disember 2014.
Denominasi
Juta RM
Keterangan
1 Sen
43,359,661
Keluaran sejak 1967-2007
5 Sen
160,288,765
Termasuk Siri 1,2,3
20 Sen termasuk denominasi 25 Sen.
10 Sen
631,324,573
20 Sen
799,487,364
50 Sen
862,513,142
RM1
32,747,356
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM5
9,716,295
RM10
2,902,210
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM15
1,423,200
Keluaran sejak 19 Januari 1976
RM25
14,878,255
Keluaran RM20 sejak 19 Januari 1976 & RM25 sejak 19 Januari 1976
RM100
11,982,475
Keluaran sejak 27 Januari 1969
RM200
12,774,850
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM250
8,390,500
Keluaran sejak 18 Oktober 1976
RM500
13,158,000
Keluaran sejak 19 Januari 1976
Total
2,604,946,645
Dua billion, enam ratus empat juta Ringgit.


























Jumlah mata wang di dalam edaran (wang kertas dan duit syiling) pada 29 May 2015 adalah RM81,849,210,247

Klik di sini untuk membaca berkait jumlah wang kertas di dalam edaran.

Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.

** Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah wangkan dan tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.


Ramai pengguna/rakyat Malaysia tidak tahu atau tidak sedar hakikat bahawa denominasi terbesar bagi duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah bernilai RM500 dan Malaysia juga memiliki denominasi 15 Ringgit, 25 Ringgit dan 25 SEN (Quarter Ringgit ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...