AA8888888 - Super Solid 8 terjual pada harga RM87,400.00 |
Lelongan kedua wang kertas dengan nombor siri istimewa oleh Bank Negara Malaysia pada hari ini (29 Mac 2015) telah berlangsung di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Semua lot yang dilelongkan oleh Bank Negara Malaysia adalah terus dari kilang kepada bakal pemenang dengan resit rasmi sebagai 'surat beranak'.
Kesemua Lot dengan prefix pertama 'AA' menjadi tumpuan dan telah dibida dengan harga tinggi pada lelongan hari ini. Lot Terakhir di dalam senarai iaitu lot 178 adalah lot terpanas kerana ianya adalah Wang Kertas RM100 siri 12 era gabenor terkini (Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz) dengan nombor siri AA 8888888 (Prefix Pertama dan Super Solid).
Lot terakhir tersebut telah menutup tirai acara lelongan awam kedua Bank Negara Malaysia dengan penuh bergaya apabila ianya dibuka pada harga RM1000 dan telah dimenangi dengan bidaan tertinggi RM76,000.00 oleh membida bernombor 117, En.Ikhwan Nafik Bin Ikhwan Salim.
Sumber Gambar dan Video : En. Ahmad Ezzat
Maka dengan ini kita mampu gelarkan Wang Kertas RM100 AA8888888 sebagai wang kertas BAHARU termahal yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai bidaaan RM76,000.00 + RM11,400.00 (15% premium jualan) = RM87,400.00
Denominasi RM100 Siri Keunikan ini memiliki sesuatu yang sangat unik kerana ianya adalah wang kertas Malaysia pertama yang memiliki perkataan Bahasa English. Biarpun hanya sekadar singkatan 1 perkataan iaitu '1ST' (First) namun ianya sudah mencukupi untuk menjadikan RM100 Siri Keunikan ini kelihatan cukup unik.
Saya ada duit rm100 sign Zeti Aziz no siri AA8806044 ada nilai kew, sekadar bertanya
BalasPadamSaya ada duit rm100 sign Zeti Aziz no siri AA8806044 ada nilai kew, sekadar bertanya
BalasPadam