Kumpulan Pertama - SIJIL PROFESIONAL PENGAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA |
Usaha gigih dan kerja keras oleh numismatis tempatan (MNS dan KWNM berserta kerjasama pihak UMP dan UiTM), akhirnya telah merealisasikan impian untuk membawa hobi numismatik ke dunia akademi. Pengajian berkaitan numismatik telah bermula secara rasmi di UiTM pada 11hb April 2015 dengan kumpulan pelajar pertama 2015.
Kumpulan pertama 2015 ini bukan hanya dipenuhi oleh orang-orang lama mala ianya juga diikuti oleh nama-nama besar di dalam arena numismatik tempatan seperti Dato' Sharuddin, dan Tuan Dickson Niew. Saya juga difahamkan bahawa ada wakil dari Jabatan Numismatik, Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia yang memantau perjalanan pengajian semalam.
Mohamad Afin Danish, 14 tahun |
Kumpulan pertama ini juga memiliki seorang peserta muda, adik Mohamad Afin Danish yang berusia 14 tahun yang menjadi perhatian dan bakal memiliki Sijil Profesional bersama-sama dengan pelajar lain. Semoga adik Danish bakal menjadi numismatis terkenal dan terus mempertahankan warisan kebangaan negara.
Peringkat Sijil memiliki enam modul untuk diikuti oleh semua pelajar.
Modul Pertama |
Program pengajian numismatik ini memiliki empat peringkat dan bermula dengan Sijil Profesional sebagai peringkat pertama. berikut adalah senarai peringkat yang boleh diikuti oleh para pelajar:
- Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia
- Diploma Profesional Pengurusan Perniagaan (Numismatik)
- Sarjana Muda Eksekutif/Profesional Pengurusan Perniagaan (Numismatik)
- Sarjana Eksekutif/Profesional Pengurusan Perniagaan (Numismatik)
Semua palajar diwajibkan untuk mengikuti dan melepaskan diri peringkat awal (Sijil) untuk melayakan diri ke peringkat seterusnya (Diploma dan Sarjana).
Salah satu modul yang menjadi harapan para peserta adalah lawatan ke Kilang Wang Shah Alam untuk memahami cara dan proses penempaan duit syiling secara dekat. Namun impian dan harapan tersebut hanya akan menjadi realiti sekiranya pihak Bank Negara Malaysia memberi "lampu hijau".

Semoga pihak Bank Negara Malaysia akan memberi kerjasama dan tindak balas positif dengan memberi kelulusan/keizinan untuk melengkapkan lawatan ke Kilang Wang, Shah Alam.
Saya juga difahamkan bahawa pelajar baru yang ingin menyertai kumpulan pertama MASIH BERPELUANG untuk menyertainya biarpun telah terlepas "modul 1". Biarpun begitu, pelajar baru wajib habiskan "modul 1" dengan menghadirinya ketika ianya dijalankan untuk kumpulan kedua. Maka ini bermaksud setiap pelajar HARUS dan WAJIB menghabiskan 30 Jam belajar dan tiada kompromi!
Kepada anda yang berminat untuk mengikuti program Pro CINS, Sila hubungi urusetia:

Dato' Shahruddin (kelab WNM) 019-918 5858
Tn. Hj. Azmi (Kelab WNM) 013-922 7750
Tn. Hj. Azmi (Kelab WNM) 013-922 7750
Azizan (Universiti Malaysia Pahang) 014-501 5455
Syafiq (Akademi Camar) 013-601 1484
Nadiah (Akademi Camar) 017-724 2664
Tiada ulasan:
Catat Ulasan