Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40

Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
2014
Ulang Tahun
Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40
27 Jun


PM Najib menyerahkan syiling keluaran Bank Negara Malaysia 
kepada Li Keqiang sempena ulang tahun hubungan diplomatik
 Malaysia-China (sumber pic)
Bank Negara Malaysia mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia dengan China yang telah mencapai lebih 40 tahun. Duit syiling peringatan ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada TYT Li Keqiang, Perdana Menteri China sebagai tanda hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selama lebih daripada empat dekad dan akan terus diperkukuh pada masa akan datang. Acara penyampaian syiling peringatan ini berlangsung pada 31 Mei 2014 di Great Hall of The People, Beijing.


Bahagian Hadapan
  • Ikon kedua-dua negara : Menara Berkembar Petronas (KLCC) & Tembok Besar Negara China (China Great Wall)
  • Potret bendera berwarna kedua-dua negara.
  • Perkataan MALAYSIA-CHINA DIPLOMATIC RELATIONS
  • Tahun 1974-2014
Bahagian Belakang
  • Perkataan 40th Anniversary berlatarkan langit Malaysia dan China yang masing-masing dipaparkan pada bahagian kiri dan kanan duit syiling.
  • Latar langit Malaysia terdiri daripada Muzium Negara, Menara Telekom Malaysia, Menara Kuala Lumpur, Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, Menara Tabung Haji, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.
  • Latar langit China pula terdiri daripada  Oriental Pearl Tower, China International Trust Investment Plaza, Tembok Besar Negara China, Beijing National Stadium, China Central Television Headquarters, Shanghai World Financial Centre, Jin Mao Tower, Forbidden City, Yonghe Temple dan Temple of Heaven.
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai muka duit syiling

SPESIFIKASI TEKNIKAL


































Elemen Logam
Aloy
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(g)
Diameter
(mm)
Tebal
Thickness
(mm)
Harga
Price
RM
AuP
Emas Pruf (Au 99.99)
100 Ringgit
500
7.96
22.07

1,800
AgP
Perak Pruf (Ag 99.9)
Potret Berwarna
10 Ringgit
2,000
31.10
40.70

200
NBU
Emas Nordic* BU
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
1 Ringgit
25,000
8.50
30.00

10
S2
Set 2 dalam 1
AgP+NBU
750



250
S3
Set 3 dalam 1
AuP+AgP+NBU
750



2,100
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
 Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Bank Negara Malaysia
PENTING
*Emas Nordic tidak memiliki elemen Emas sebenar. Emasnya hanya pada nama sahaja.
Ianya adalah campuran 89% Tembaga, 5% Zink, 1% Aluminium dan 1% Timah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...