MYCC
2017d
|
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
|
14
Dec
2017
|
||||||||||
Pertabalan SPBYdP
Agong XV Sultan Muhammad V
Installation
of His Majesty SPBYdP Agong XV
|
||||||||||||
Bank
Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan
pertabalan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas untuk
tempoh lima tahun oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja
ke-243 (Mesyuarat Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2016.
Baginda kemudiannya melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan
sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 di Istana Negara,
Kuala Lumpur. Upacara pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong
kelima belas telah berlangsung pada 24 April 2017.
Bahagian Hadapan
Pameran untuk Orang Ramai dan Jualan
Contoh
duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Khamis, 21 Disember
2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat
Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan
Kuala Terengganu.
Bagi
memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling
edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu
set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna, satu duit syiling
tembaga dan tiga duit syiling emas nordic). Untuk memudahkan pembelian, orang
ramai boleh membuat tempahan dalam talian mulai 5 Januari 2018. Sekiranya
jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan
melalui undian. Duit syiling peringatan emas akan dijual melalui lelongan
awam pada 10 Mac 2018. Maklumat lanjut tentang tempahan, lelongan, pembayaran
dan pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar
sebelum tarikh jualan.
|
||||||||||||
SPESIFIKASI TEKNIKAL
|
||||||||||||
MYCC
2017d
|
Komposisi
Composition |
Nilai Muka
Face Value |
Tempaan
Mintage |
Berat
Weight
(grm)
|
Diameter
(mm)
|
|||||||
Thickness
(mm)
|
||||||||||||
AuP
Emas Pruf
|
Emas Pruf
Gold Proof
(999.9) |
RM300
|
300
@RM4000*
|
7.96
|
Diameter
22.0
|
|||||||
Tebal
|
||||||||||||
AgPL
Perak
Mirip Pruf
|
Perak Berwarna Mirip
Pruf
Coloured Silver Proof Like
(99.9) |
RM150
|
500
@RM1000
|
92.0
|
Diameter
50.0
|
|||||||
Tebal
|
||||||||||||
Cu
Tembaga
|
Tembaga Tanpa Kilat
Copper Matte Finish
(99.9) |
RM15
|
500
@RM200
|
77.76
|
Diameter
50.0
|
|||||||
Tebal
|
||||||||||||
NBU
Normal BU
|
Nordic Gold
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
|
RM1
|
15,000
@RM11
|
8.50
|
Diameter
30.00
|
|||||||
Tebal
1.80
|
||||||||||||
S2
|
AgPL & Cu
|
Set of 2
|
500
@RM1200
|
|||||||||
Sisi
Edge
|
Bergerigi | Milled Edge
|
|||||||||||
Bentuk
Shape
|
Bulat | Round
|
|||||||||||
Kilang
|
Kilang Wang Shah Alam
|
|||||||||||
*Duit
syiling peringatan Emas Prut hanya ditempa sebanyak 300 keping dan akan
dijual melalui lelongan awam pada harga rizab RM4,000 sekeping
|
||||||||||||
Maklumat Tambahan
|
||||||||||||
Semua Duit Syiling
Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium
pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka
sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.
Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.
|
||||||||||||
1978.1987. 1sen
BalasPadam