Bank
Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 Arkib Negara Malaysia pada 4 Disember 2017.
Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Azemi Abdul Aziz pada hari ini.
|
[Kiri-Kanan] Puan Yatimah binti Rimun, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelidikan dan Pengembangan; Encik Thomas Tan Koon Peng, Pengarah, Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang, JPW; Datuk Azemi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia and Encik Ihsan bin Hj. Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan. |
Bahagian Hadapan
- Logo sambutan ulang tahun Arkib Negara
Malaysia yang ke-60.
- Perkataan “60th ANNIVERSARY OF NATIONAL
ARCHIVES OF MALAYSIA”
Bahagian Belakang
- Logo
Arkib Negara Malaysia yang terdiri daripada kepingan kertas yang disusun
melambangkan dokumen-dokumen dan rekod kebangsaan. Bentuk bintang pada
bahagian tengah logo pula berdasarkan bintang pada bendera Malaysia, yang
menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia
- Perkataan
Arkib Negara Malaysia dalam tulisan rumi dan jawi di sekeliling logo
menunjukkan tanggungjawab Arkib Negara Malaysia dalam menjaga dokumen-dokumen
dan rekod negara.
- 60
dentil pada sekeliling duit syiling menandakan 60 tahun penubuhan Arkib
Negara Malaysia.
- Perkataan
BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak
berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
- Nilai
Muka Duit Syiling
Pameran untuk Orang Ramai dan Jualan
Contoh
duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Selasa, 12 Disember
2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat
Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan
Kuala Terengganu.
Bagi
memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling
edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (satu set dua dalam satu, satu duit
syiling perak berwarna dan tiga duit syiling emas nordic bagi setiap
pembeli). Untuk memudahkan pembelian duit syiling peringatan ini, orang ramai
boleh membuat tempahan melalui kemudahan tempahan dalam talian yang baharu.
Maklumat lanjut tentang kemudahan tempahan dalam talian, tempahan dan tempoh
pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum
tarikh jualan.
|
Semua Duit Syiling
Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium
pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka
sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.
Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan