Sepertimana kita semua sedia
maklum, Pihak Bank Negara Malaysia telah memaklumkan cara pendaftaran untuk
pembelian duit syiling peringatan melalui tempahan atas talian (online/email) untuk
duit syiling keluaran kedua bagi tahun 2017 iaitu duit syiling Sukan SEA ke-29dan Sukan Para ASEAN ke-9.
Pendaftaran telah dibuka dan
semua pembeli yang berminat perlu mendaftarkan pembelian mereka melalui atas
talian bermula 29hb Ogo 2017 hingga 1.00pm 5hb Sep 2017. Semua pembeli yang berjaya
setelah pengundian dijalankan, boleh membayar dan mendapatkan duit syiling
daripada cawangan BNM.
Mengikut siaran akhbar BNM pada
8 Sep 2017 (Proses tempahan Duit Syiling Peringatan baharu berjaya menjangkau
lebih ramai pelanggan) , BNM telah mengakui perkara berikut:-
- Orang ramai telah memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap jualan duit syiling peringatan ini dengan tempahan yang diterima oleh Bank daripada pembeli yang berminat melebihi 2,000 orang, iaitu kira-kira empat kali berbanding dengan jualan sebelumnya
- Memperkenalkan proses pengundian baharu menggunakan komputer untuk duit syiling yang terlebih tempahan.
- Proses tempahan dan pengundian ini disaksikan oleh juruaudit dalaman Bank untuk memastikan integriti dalam proses pengundian.
Bank Negara Malaysia juga telah
mengeluarkan senarai pembeli/pemohon berserta dengan keputusan pengundian agar
para pembeli boleh mengetahui keputusan sama ada mereka layak untuk membeli
mana-mana duit syiling yang mulai dijual pada hari ini (8 Sep 2017).
Di dalam senarai tersebut
terdapat seramai 2006 orang yang telah didaftarkan dan berjaya memiliki minimum satu daripada senarai di bawah:-
- 1 x Set of 2
- 1 x Single Silver
- 3x Coin Card
Berikut adalah jumlah duit
syiling yang telah disenaraikan untuk dijual kepada 2006 orang pembeli dengan
proses pengundian:-
Set of 2
|
Single Silver
|
Coin Card
|
1144
|
600
|
5140
|
Semua pembeli berdaftar boleh
pergi terus ke cawangan pilihan masing-masing mulai 8hb hingga 12hb Sep 2017 untuk
mendapatkan duit syiling peringatan mengikut keputusan pengundian.
Berikut
adalah sedikit perkongsian perjalanan yang perlu dilalui oleh para pembeli di
Sasana Kijang.
Setelah pemeriksaan
keselamatan pihak polis, pembeli akan sampai ke Kaunter Hadapan. Di sini mereka akan memastikan tujuan anda adalah untuk membeli duit syiling peringatan. Jika bukan mereka tidak akan membenarkan anda masuk.
Bahagian memeriksa keputusan
pengundian
Mesin Photocopy untuk mendapatkan salinan IC
IC dan salinan IC perlu
diserahkan kepada kaunter pengesahan untuk diperiksa dan disahkan agar penama
berdaftar hadir sendiri untuk mendapatkan duit syiling yang boleh dibeli mengikut proses pengundian.
Kaunter jualan duit syiling
Setelah saya sampai ke kaunter jualan, saya terpaksa berpuas hati dengan hanya 3 keping Kad Syiling (Coin Card) sahaja. Saya masih berteka teki bagaimanakah akan saya lengkapkan koleksi 'Set of 2' saya untuk keluaran kedua tahun 2017.
Kali ini saya dan ramai pengumpul di luar sana tidak mampu memiliki 'Set of 2' disebabkan oleh bukan pengumpul yang 'bersahaja' berdaftar untuk Set of 2. Mereka tidak akan membelinya sekiranya mereka berjaya di dalam proses pengundian.
Semoga pihak BNM akan mengambil penggalaman dari penjualan atas talian kali ini untuk lebih mengenali dan mendekati pengumpul duit syiling peringatan yang telah menyokong keluaran duit syiling peringatan BNM sejak tahun 1967.
Akhir kata, saya benar-benar mengharap akan memiliki set of 2 untuk duit syiling peringatan yang bakal keluar tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan