07 Ogos 2017

Penjualan Duit Syiling Peringatan dengan PENGUNDIAN AWAM



Sebagai seorang pengumpul duit syiling peringatan, saya percaya ramai di kalangan kita sudah biasa dengan senario beratur panjang untuk mendapatkan keluaran tersebut. Ada juga yang pernah beratur seawal 6 petang untuk memastikan dirinya adalah yang terawal untuk memiliki syiling peringatan keluaran pada keesokan harinya.

Semua itu bakal menjadi kenangan indah para numismatis tempatan kerana pihak BNM telah mengumumkan sistem penjualan baru iaitu "pengundian awam" di laman webnya.

Berikut adalah petikan dari siaran akhbar bagi jualan duit syiling peringatan 100 Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia.


Pengundian Awam

Bank Negara Malaysia akan menjual duit syiling peringatan ini melalui proses pengudian awam untuk memastikan pengagihan secara adil kepada para pembeli. Pendaftaran pembelian akan diterima mulai pukul 7.00 hingga 11.00 pagi pada 9 Ogos 2017 di lokasi jualan. Semua pendaftaran pembelian yang diterima akan mendapat peluang yang sama untuk membeli duit syiling ini melalui proses pengundian. Memandangkan jualan duit syiling peringatan ini bukan berasaskan Siapa Dulu Dia Dapat, orang ramai dinasihati supaya tidak beratur di lokasi jualan sebelum pukul 7.00 pagi. Pengundian akan diadakan di lokasi jualan mulai pukul 11.30 pagi.
Maklumat Jualan
Tarikh
Rabu, 9 Ogos 2017
Mod Jualan
Pengundian Awam (bukan berasaskan Siapa Dulu Dia Dapat)
Jadual
7.00 pagi         Pendaftaran Jualan Dibuka
11.00 pagi       Pendaftaran Jualan Tutup
11.30 pagi       Pengundian
2.00 petang     Pengumuman Keputusan Undian dan
                        Pengambilan


Sebelum ini proses pendaftaran dan mendapatkan nombor giliran bermula seawal pukul 7 pagi dan proses jual beli akan berakhir sekitar 2 petang. Namun mengikut proses Pengundian Awam yang bakal diperkenalkan pada 9hb Ogos ini, proses penjualan akan bermula pukul 2 petang.
Pihak BNM tidak menerangkan berkait pengumuman keputusan undian dan pengambilan duit syiling tersebut akan berakhir bila. Ada kemungkinan berakhir pada 5 petang pada hari tersebut. Jika benar, maka setiap pembeli hanya akan dapat membeli sekali sahaja sekiranya pembeli diminta mendaftarkan diri dengan mengunakan MyKad.
Saya hanya mampu keluar ketika waktu rehat tengah hari (lunch hour) dan perlu kembali ke tempat kerja di dalam 2 jam. Dengan syarat seperti diatas, saya tidak mungkin dapat memiliki keluaran duit syiling peringatan kali ini dari pihak BNM.
Walau bagaimanapun, saya tetap menghargai dan menyokong cubaan terbaru pihak BNM yang cuba mengawal keadaan dan ketidak adilan ketika penjualan duit syiling peringatan. 
Semoga cubaan-cubaan seperti ini sentiasa berpihak kepada para numismatis yang tidak pernah putus asa untuk menyokong duit syiling peringatan keluaran Bank Negara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...