13 Mei 2015

Aplikasi BNM My Ringgit


BNM telah melancarkan aplikasi terbaru khas untuk pengguna telefon pintar. Aplikasi ini mampu mambantu pengguna untuk mengenali matawang terbaru siri "Keunikan Malaysia" secara lebih dekat dengan mengenali dan mengetahui ciri-ciri keselamatan yang dimiliki oleh matawang Malaysia.


My Ringgit tidak mampu untuk mengesan ketulenan sesuatu matawang namun ianya sekadar panduan untuk memberi pendedahan kepada pengguna berkait ciri-ciri yang boleh dikenal pasti untuk membezakan akan ketulenan/ keaslian matawang siri terbaru : Keunikan Malaysia.


Aplikasi My Ringgit adalah percuma dan boleh dimuat turun dari laman "Google Play" dengan menggunakan platform android (181MB). Memandangkan filenya bersaiz besar iaitu 181MB maka adalah dinasihatkan untuk dimuat turun menggunakan wifi.





Aplikasi My Ringgit memiliki dwi-bahasa (English dan Melayu) untuk dipilih oleh pengguna ketika sedang menggunakannya. 


Berikut adalah skrin-skrin yang terdapat di dalam aplikasi My Ringgit.

Senarai Wang Kertas Siri Keunikan Malaysia

Pilihan : UV RM50
 Ciri-ciri keselamatan
Keterangan berkait pilihan pengguna

Augmentasi Realiti : RM50
Pengguna perlu meletakan wang kertas di atas meja (permukaan kekal) dan biarkan kamera mengesan dan seterusnya mengeluarkan 'Augmentasi Realiti' agar pengguna mampu berinteraksi dengan aplikasi berkait wang kertas yang dikesan oleh aplikasi.




Senarai Duit Syiling Siri Keunikan Malaysia

Soalan Lazim



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...