MYCC
2015a
|
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
|
25 Apr
2015
|
||||||||||
Sidang Kemuncak ASEAN
2015
ASEAN 2015 Summit
|
||||||||||||
Bank
Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bagi memperingati
penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur,
Malaysia. Sidang Kemuncak ASEAN 2015 ini merintis jalan kepada penubuhan
Komuniti ASEAN, yang merupakan pencapaian penting ke arah merealisasikan
wawasan bersama ASEAN untuk mewujudkan rantau yang aman, stabil dan makmur.
Asas komuniti ASEAN secara keseluruhan terdiri daripada tiga rangka tindakan
komuniti iaitu ASEAN Political Security Community (APSC), ASEAN Economic
Community (AEC) dan ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC). Komuniti ASEAN
menzahirkan semangat kekitaan yang teguh dan ikatan hubungan yang erat antara
10 buah negara anggota ASEAN dan juga penduduknya.
Duit syiling peringatan
ini dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 25 April 2015 di Hotel Mandarin
Oriental, Kuala Lumpur.
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
|
||||||||||||
SPESIFIKASI TEKNIKAL
|
||||||||||||
MYCC
2015b
|
Komposisi
Composition |
Nilai Muka
Face Value |
Tempaan
Mintage |
Berat
Weight
(grm)
|
Diameter
(mm)
|
|||||||
Thickness
(mm)
|
||||||||||||
AuP
Emas
Pruf
|
Emas
(Au99.99)
|
RM100
|
500
@RM1800
|
7.96
|
Diameter
22.00
|
|||||||
Tebal
-
|
||||||||||||
AgP
Perak Pruf
|
Perak
Silver
(Ag92.5) |
RM10
|
5,000
@RM200
|
31.10
|
Diameter
40.70
|
|||||||
Tebal
-
|
||||||||||||
NBU
Normal BU
|
Nordic Gold
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
|
RM1
|
25,000
@RM10
|
8.50
|
Diameter
30.00
|
|||||||
Tebal
-
|
||||||||||||
S2
|
Perak Pruf + Normal Pruf
|
Set of 2
|
2,000
@RM250
|
|||||||||
S3
|
Emas Pruf + Perak Pruf
|
Set of 3
|
2,000
@RM2100
|
|||||||||
Sisi
Edge
|
Bergerigi | Milled Edge
|
|||||||||||
Bentuk
Shape
|
Bulat & Poligon bersisi sepuluh (sisi biasa)
|
|||||||||||
Kilang
|
Kilang Wang Shah Alam
|
|||||||||||
Maklumat Tambahan
|
||||||||||||
Semua Duit Syiling
Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium
pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya
ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.
Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.
|
||||||||||||
Tiada ulasan:
Catat Ulasan