Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
|
2014
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sambutan 75 Tahun Taman Negara |
29 Okt
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bank Negara Malaysia mengeluarkan 3 jenis duit peringatan sempena Ulang Tahun Sambutan 75 Tahun Taman Negara. Ianya telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit pada 29hb Oktober 2014 di Kuala Tahan, Taman Negara. Syiling peringatan ini mulai dijual kepada umum pada 28 November 2014.
Taman Negara Malaysia merupakan hutan simpananan yang terkemuka di Malaysia. Ianya adalah taman negara pertama, utama dan terbesar di Malaysia dengan keluasan melebihi 4,343 kilometer persegi hutan hujan yg sangat tua merentasi tiga negari iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Taman Negara adalah destinasi pelancongan yang terkenal bagi pencinta flora dan fauna bukan sahaja dari di dalam negara mala dari luar negara juga. Ianya merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun. Memiliki kepelbagaian ekosistem yang kompleks, unik dan kaya dengan hutan pamah dan hutan tanah tinggi. Taman ini terkenal sebagai habitat bagi kira-kira 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan. Taman Negara diwartakan pada tahun 1939 dengan nama asalnya ianya King George V National Park. Nama tersebut telah telah diubah dan ditukar kepada Taman Negara setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Taman negara dibuka dengan tujuan untuk "menggunakan kawasan dalam taman ini dengan secara lestari bagi pembiakan, perlindungan dan pemulihan flora dan fauna asli".
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SPESIFIKASI TEKNIKAL
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
NCCC
69
|
Elemen Logam
Aloy |
Nilai Muka
Face Value |
Tempaan
Mintage |
Berat
Weight
(g)
|
Diameter
(mm)
|
Tebal
Thickness
(mm)
|
Harga
Price
RM | |||||||||||||||||||||||||||||
AuP
|
Emas Pruf (Au 99.99)
|
100 Ringgit
|
500
|
7.96
|
22.07
|
1,800
| ||||||||||||||||||||||||||||||
AgP
|
Perak Pruf (Ag 99.9)
Potret Berwarna |
10 Ringgit
|
2,000
|
31.10
|
40.70
|
3.05
|
200
| |||||||||||||||||||||||||||||
NBU
|
Emas Nordic* BU
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
|
1 Ringgit
|
25,000
|
8.50
|
30.00
|
1.80
|
10
| |||||||||||||||||||||||||||||
S2
|
Set 2 dalam 1
|
AgP+NBU
|
750
|
250
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
S3
|
Set 3 dalam 1
|
AuP+AgP+NBU
|
750
|
2,100
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
Sisi
Edge
|
Bergerigi | Milled Edge
|
Bentuk
Shape |
Bulat | Round
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Kilang
|
Kilang Wang Bank Negara Malaysia
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||
PENTING
|
*Emas Nordic tidak memiliki elemen Emas sebenar. Emasnya hanya pada nama sahaja.
Ianya adalah campuran 89% Tembaga, 5% Zink, 1% Aluminium dan 1% Timah.
|