28 September 2016

Wang Kertas dengan Tandatangan Gabenor Datuk Muhammad bin Ibrahim


RM50 dengan tanda tangan Datuk Muhammad bin Ibrahim
Wang kertas dengan tanda tangan gabenor terbaru Datuk Muhammad bin Ibrahim bakal diedarkan pada 29 September 2016 bermula dengan denominasi RM50. Denominasi lain pula akan memasuki edaran secara berperingkat.

Tanda tangan terpanjang dan unik
Tanda tangan terbaru ini adalah sesuatu yang telah kita menunggu dan menanti buat sekian lama untuk memburu prefix terbaru. Namun ianya mampu mengelirukan pengguna di luar sana sebab terdapat kelainan pada wang kertas. 

Kita sebagai para numismatis yang menyedari hakikat ini, memiliki tanggungjawap untuk menyedarkan pengguna lain berkait perkara ini. Perkongsian dan perbincangan berkait perubahan tanda tangan tersebut perlu agar tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengelirukan mana-mana pengguna.

Ini bakal dicatitkan sebagai sejarah numismatik negara kerana secara rasmi wang kertas siri ke 13 bakal memasuki edaran pada 29 September 2016.

Penantian para numismatis bakal tamat esok setelah RM50 yang memiliki tanda tangan Datuk Muhammad bin Ibrahim bakal diedarkan.

Selamat memburu prefix  terakhir Zeti siri 12 dan prefix 
pertama MI siri 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...