Datuk Muhammad Ibrahim memberi jangkaan
tersebut dengan mengambil kira proses
kitaran yang perlu menghabiskan wang kertas sedia-ada di dalam simpanan dengan
tanda tangan Dr. Zeti Aziz. Jangkaan tersebut mampu memberikan kita tips agar
bersedia untuk memburu prefix terakhir siri 12 dan prefix pertama siri 13.
"Wang baharu (dengan tandatangan Gabenor
baharu) akan diedarkan tidak lama lagi," katanya kepada media selepas
merasmikan pameran 'Karya Kertas: Seni Matawang' di Muzium dan Gelari Seni,
Sasana Kijang pada 4 Ogos 2016. (Berita Asal : Berita Harian)
Datuk Muhammad Ibrahim merasmikan pameran dengan menanda tangani ruangan kosong atas perkataan 'Gabenor' diiringi oleh Presiden Kelab Warisan Numismatik, Dato Sharuddin Yusof. |
| ||
Datuk Muhammad menyampaikan cenderahati kepada Dato Sharuddin.
|
Graduan ProCINS mendapat jemputan daripada pihak BNM bagi turut serta di majlis tersebut. Sudah pasti ianya adalah kenangan indah bersama Gabenor baharu Datuk Mohammad Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan