Sekiranya anda ingin mendapatkan duit syiling
peringatan pada hari pertama ianya dijual maka anda terpaksa berdepan dengan
banyak cabaran dan perlu kekal cekal dab bersabar.
Segalanya sudah tidak seperti dahulu lagi di
mana hanya perlu berkumpul dan beratur di waktu subuh sekitar jam 5 pagi. Kini
sekiranya anda tiba sekitar 5 pagi di Sasana Kijang, anda akan terperanjat
dengan satu kumpulan manusia sekitar 200 orang.
Ketika dan sebelum penjualan duit syiling 70 Tahun RTM, para pengumpul masih boleh berteduh dan duduk di atas kaki lima di tepi pintu masuk bersebelahan galeri kanak-kanak.
Bermula sejak penjualan duit syiling 50 Tahun Yayasan Sabah, Abang-abang Polis Bantuan sudah tidak membenarkan sesiapapun
berada di atas kaki lima bangunan Sasana Kijang. Pengumpul dibiarkan tanpa pilihan melainkan menunggu di tepi jalan dengan berbumbungkan
awan biru.
Penantian sepanjang malam belum dapat
membuahkan hasil setelah pintu masuk dibuka sekitar jam 7 pagi. Kumpulan manusia yang
telah menanti sejak malam tadi perlu beratur masuk untuk mendapatkan nombor giliran.
Untuk duit syiling 100 Tahun PPPM ini, nombor tag bermula dengan 480. Pemilik tag bernombor 480 telah dipanggil pada pukul 9 pagi untuk merasmikan penjualan duit syiling 100 tahun PPPM di Sasana Kijang.
Seorang pembeli hanya dibenarkan membeli sebuah set of 2, sebuah single silver dan 3 keping Nordic Gold (coin Card). Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih dari 3 keping Coin Card atau syiling lain, maka terpaksa beratur untuk kali kedua, ketika dan seterusnya.
Seorang pembeli hanya dibenarkan membeli sebuah set of 2, sebuah single silver dan 3 keping Nordic Gold (coin Card). Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih dari 3 keping Coin Card atau syiling lain, maka terpaksa beratur untuk kali kedua, ketika dan seterusnya.
Syiling single silver telah habis dijual
sekitar jam 10.20 pagi . Hanya 93 keping single silver sahaja dijual di Sasana Kijang biarpun angaran saya sepatutnya lebih daripada itu.
Coin Card habis dijual sekitar 2.20 petang. Lebih kurang 1400 keping Coin Card sahaja dijual di Sasana Kijang.
Pemilik tag bernombor 1015 terpaksa balik tanpa mendapatkan Coin Card setelah menunggu hampir 2 jam (3rd Round) disebabkan stok telah habis dijual. Namun berjaya mendapatkan Katalog lelongan pertama MyNumismatics daripada sifu Dickson Niew.
Setelah menghabiskan masa selama 18 jam di Sasana Kijang, akhirnya saya balik dengan sekeping single silver, sebuah set of 2 dan 6 keping coin card + bonus daripada DBKL (jemputan untuk membayar saman parkir)
Sebahagian pengumpul disaman oleh DBKL kerana meletakan kereta di sisi jalan. Ianya pasti meningkatkan
kos dan modal untuk mendapatkan syiling PPPM kali ini. Apapun yang penting adalah pengalaman dan kenangan yang tercipta ketika anda cuba mendapatkan bahan koleksi daripada BNM.
Sekiranya kita mengimbas kembali, saya pasti coin card 100 Tahun PPPM adalah yang paling sukar untuk dimiliki bagi tahun ini (di Sasana Kijang).
Cabaran menjadi bertambah hebat kepada semua pengumpul beragama Islam kerana 6hb Jun 2016 merupakan 1 Ramadhan 1437.
Tapi jangan terpedaya dengan mainan dan pertunjukan silap mata dunia numismatik. Sesungguhnya kesemua (4) syiling yang dikeluarkan di dalam tahun ini memiliki tempaan sama. Cuma pihak BNM melepaskan jumlah berbeza bagi setiap syiling peringatan sehingga pengumpul terasa kesukarannya.
Syiling Peringatan Tahun 2016
numiscat.blogspot.my
|
Jumlah Tempaan
|
||||
S3
|
S2
|
Au
|
Ag
|
N
|
|
-
|
2000
|
-
|
500
|
10k
|
|
-
|
2000
|
-
|
500
|
10k
|
|
-
|
2000
|
-
|
500
|
10k
|
|
-
|
2000
|
-
|
500
|
10k
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan