Syiling peringatan ke 4 bagi tahun 2016 telah dilancarkan
pada 28hb Mei 2016 dan telah dijual kepada umum oleh BNM pada 6hb Jun
(semalam). Mungkin ramai sudah terbeban dengan keluaran syiling peringatan
selang sebulan sejak pengeluaran pertama pada bulan Februari 2016.
Berikut adalah senarainya duit syiling peringatan yang telah dilancarkan dan telah dijual kepada umum pada tahun ini:-
Nama Syiling Peringatan
|
Tarikh
Pelancaran
|
Tarikh
Jualan
|
27hb Feb
|
29hb Feb
|
|
16hb Apr
|
25hb Apr
|
|
9hb MEi
|
16hb Mei
|
|
28hb Mei
|
6hb Jun
|
|
30 Tahun Muzium TUDM
|
13 Feb
|
?
|
Namun senarai di atas belum berakhir dengan mengambil kira beberapa fakta yang masih menjadi misteri
di kalangan para pengumpul syiling peringatan.
Ramalan dan khabar angin menyenaraikan banyak lagi
duit syiling di dalam senarai tahun ini. Biarpun ramalan dan khabar angin
tersebut tidak disokong oleh sebarang fakta namun kami memiliki bukti bahawa
terdapat sekeping duit syiling yang telah dilancarkan pada awal tahun ini tetapi
masih belum dijual kepada umum.
Syiling peringatan 30
Tahun Muzium TUDM sebenarnya telah dilancarkan oleh Panglima TUDM, Jeneral
Tan Sri Roslan Saad pada 13hb Feb 2016. Namun ianya masih belum dijual kepada umum seperti syiling-syiling peringatan lain yang telah dilancarkan selepasnya.
Kami sebenarnya menantikan
syiling peringatan 30 Tahun Muzium TUDM sejak bulan Februari 2016 lagi tetapi
Syiling Kejohanan Ping Pong pula yang muncul pada bulan Februari dan diikuti 70
Tahun RTM pada March/April. Setelah itu 50 Tahun Yayasan Sabah pada April/Mei dan yang
terbaru 100 Tahun PPPM Mei/Jun.
Kami panjangkan harapan untuk melihat syiling 30 Tahun Muzium TUDM yang telah dilancarkan pada bulan
Februari lalu akan dijual kepada umum sebagai syiling ke lima bagi tahun 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan