04 Oktober 2015

ProCINS: Lawatan ke kilang Mariwasa Kraftangan



Kumpulan pelajar pertama pengajian ProCINS (Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia) yang dikendalikan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah melengkapkan sessi pempelajaran 6 model (April hingga Oktober) berkait asas numismatik tempatan. Semua pelajar telah menamatkan pengajian numismatik bagi peringkat sijil dan telah melayakan diri untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma selepas ini.

Mereka telah melengkapkan pengajian ProCINS pada 3hb Oktober 2015 bertempat di Resort Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Model pengajian terakhir sengaja diadakan di Kuala Kangsar kerana ingin melengkapkan lawatan sambil belajar ke kilang Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd.

Dr. Azizan (UMP) menyampaikan cenderahati kepada Puan Putri (Mariwasa)

Lawatan sambil belajar ke Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd adalah salah satu pendekatan yang diambil oleh pihak ProCINS agar para pelajar mampu melihat sendiri dan memahami bagaimana proses pembuatan syiling dan medallion terjadi dan seterusnya mengenali jentera dan teknologi yang diguna pakai untuk menghasilkan duit syiling dan medallion.. 


Gambar kenangan
Puan Putri Rafidah bersama Tun Siti Hasmah
Kumpulan pertama ProCINS bertuah kerana mereka bukan sahaja mampu melihat sendiri bagaimana duit syiling /medallion diproses, malah Puan Putri Rafidah iaitu CEO Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd sendiri telah menemani kumpulan pelajar untuk menerangkan secara terperincih berkait cara pembuatan dan pemprosesan duit syiling peringatan, medallion dan pingkat kebesaran.

Para pelajar dan tenaga pengajar telah diberikan peluang untuk menyentuh dan memegang "die" @ acuan duit syiling/medallion dan pelbagai jenis/saiz "blank" diiringi keterangan secara terperincih oleh Puan Putri Rafidah. 




Berikut adalah gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh para pelajar. 

Pelajar bertuah bersama ukiran potret Sultan Johor
yang telah siap dengan sempurna.
Ukiran yang telah siap bentuknya akan diserap ke dalam
sistem komputer dalam bentuk 3 dimensi.
Seterusnya sistem tersebut akan mengawal mesin pengukir
untuk membentuk 'die' penempaan.
'Die' (acuan) yang telah siap diukir mengunakan mesin.
Acuan medallion Sultan Perak.
Tuan Hj Azmi di sisi mesin pemotong laser
Dr.Azizan dan Tuan Rosli sedang menunjukan ukiran tembaga
 yang telah dipotong menggunakan mesin pemotong laser.



Mesin pemproses blank


Blank dan Planchet
Presiden Kelab Warisan Numismatik, Dato Sharuddin Yusof
sedang berkongsi maklumat berguna dengan para pelajar.
"Blank" perak di samping keterangan Puan Putri Rafidah. 
Mesin penempaan syiling dan medallion.
Di sinilah kedua-dua die di pasang dan proses penempaan dilakukan.
Medallion peringatan yang pernah ditempa oleh Mariwasa.
Gambar kenangan bersama Puan Putri Rafidah.
Bergambar bersama cenderahati yang telah
dibeli dari Mariwasa Kraftangan (di luar kilang)
Lawatan ke kilang Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd sudah pasti sedikit sebanyak membantu para pelajar untuk mengenali dan memahami cara pembuatan dan memprosesan syiling dan medallion. 

Semoga pengalaman dan kefahaman tersebut mampu membina semangat untuk terus menerokai keunikan numismatik tempatan dan seterusnya membantu di dalam perkembangan dunia akademik berilmiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...