Sudah hampir 2 bulan berita berkait syiling peringatan 50 tahun Masjid Negara kedengaran dan berbisikan sesama para numismatis. Sehingga entri ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Bank Negara Malaysia di laman rasmi mereka.
Namun begitu, Badan Kebajikan Masjid Negara (BKKMN) telah memuat naik satu gambar yang memiliki maklumat berkait syiling tersebut.
(Sumber pic) |
Mengikut maklumat pada gambar di atas, Syiling peringatan tersebut hanya boleh didapati di;
- Perkarangan Masjid Negara (Tapak Ekspo)
- 27hb hingga 29hb Ogos 2015.
- 10 pagi hingga 10 malam
Berikut adalah reka bentuk syiling peringatan tersebut.
Kepada anda yang berdekatan dengan lokasi Ekspo, bolehlah mendapatkannya untuk menambah dan memenuhi koleksi anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan