MYCC
2015b
|
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
|
27 Ogo
2015
|
||||||||
50 Tahun Masjid Negara
50th
Anniversary of Masjid Negara
|
||||||||||
Bank
Negara Malaysia mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan bersempena
dengan ulang tahun Masjid Negara ke-50. Masjid Negara dibuka secara rasmi
pada 27 Ogos 1965. Upacara pembukaan tersebut telah diserikan dengan
kehadiran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga,
Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
Duit syiling ini dilancarkan pada 27 Ogos 2015 di Masjid Negara. Ianya mula dijual di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat-pejabat perwakilan dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching bermula pada 28 Ogos 2015.
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
|
||||||||||
SPESIFIKASI TEKNIKAL
|
||||||||||
MYCC
2015b
|
Komposisi
Composition |
Nilai Muka
Face Value |
Tempaan
Mintage |
Berat
Weight
(grm)
|
Diameter
(mm)
|
|||||
Thickness
(mm)
|
||||||||||
AuP
Emas
Pruf
|
Emas
(Au99.99)
|
RM100
|
200
@RM1800
|
7.96
|
Diameter
22.00
|
|||||
Tebal
1.50
|
||||||||||
AgP
Perak Pruf
|
Perak
Silver
(99.9) |
RM10
|
2,000
@RM200
|
31.10
|
Diameter
40.70
|
|||||
Tebal
3.05
|
||||||||||
NBU
Normal BU
|
Nordic Gold
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
|
RM1
|
25,000
@RM10
|
8.50
|
Diameter
30.00
|
|||||
Tebal
1.80
|
||||||||||
S2
|
AgP + NBU
|
Set of 2
|
2,000
@RM250
|
|||||||
S3
|
AuP + AgP + NBU
|
Set of 3
|
500
@RM2100
|
|||||||
Sisi
Edge
|
Bergerigi | Milled Edge
|
|||||||||
Bentuk
Shape
|
Bulat | Round
|
|||||||||
Kilang
|
Kilang Wang Bank Negara Malaysia
|
|||||||||
Maklumat Tambahan
|
||||||||||
Semua Duit Syiling
Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium
pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka
sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.
Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.
|
||||||||||
27 Ogos 2015
MYCC 2015b : 50 Tahun Masjid Negara
26 Ogos 2015
Keluaran Khas Sempena 50 Tahun Masjid Negara
Sudah hampir 2 bulan berita berkait syiling peringatan 50 tahun Masjid Negara kedengaran dan berbisikan sesama para numismatis. Sehingga entri ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Bank Negara Malaysia di laman rasmi mereka.
Namun begitu, Badan Kebajikan Masjid Negara (BKKMN) telah memuat naik satu gambar yang memiliki maklumat berkait syiling tersebut.
![]() |
(Sumber pic) |
Mengikut maklumat pada gambar di atas, Syiling peringatan tersebut hanya boleh didapati di;
- Perkarangan Masjid Negara (Tapak Ekspo)
- 27hb hingga 29hb Ogos 2015.
- 10 pagi hingga 10 malam
Berikut adalah reka bentuk syiling peringatan tersebut.
Kepada anda yang berdekatan dengan lokasi Ekspo, bolehlah mendapatkannya untuk menambah dan memenuhi koleksi anda.
09 Ogos 2015
Lelongan Ketiga Wang Kertas Malaysia oleh BNM
![]() |
Klik untuk ke laman MNP |
Pihak Bank Negara Malaysia bakal mengadakan lelongan awam ketiga bagi wang kertas dengan nombor siri istimewa. Lelongan ketiga ini bakal menjadi lelongan pertama yang boleh diikuti dan dibida oleh pembida di atas talian (online).
Semua pembida yang ingin menyertai atau mengikuti lelongan ini secara atas talian wajib berdaftar dengan pihak MNP.
Berikut adalah butiran berkait lelongan tersebut.
Tarikh : 22 Ogos 2015
Sessi 1: 10.30am wang kertas RM1, RM10 dan RM50
Sessi 2: 12.00pm wang kertas RM5, RM20 dan RM100
Pendaftaran : Buka pada 8.30am dan tutup antara 10.00am-10.30am
Lokasi : Auditorium - Sasana Kijang Money Meseum @ Bank Negara Malaysia,Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur, Malaysia, 50480
Deposit : RM300
Premium : 15% dari harga bidaan tertinggi di Auditorium