Sepertimana kita sedia maklum, 1MDB dan pemimpin tertinggi negara berdepan dengan dakwaan serius berkait dana berbillion Ringgit dan skandal tersebut dikaitkan dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia di pasaran dunia pada paras terendah.
Kini semakin bergema nama Bank Negara Malaysia dan Dr.Zeti Aziz di dalam media massa berkait siasatan dan skandal dana berbillion Ringgit dan ada juga cadangan agar Dr.Zeti meletak jawatannya sebagai gabenor BNM.
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz |
- Apakah ada kemungkinan untuk BNM mendapatkan gabenor baru?
- Siapakah bakal mengantikan Dr.Zeti Aziz?
- Adakah gabenor baru akan dilantik daripada senarai 3 timbalan gabenor?
Berikut adalah senarai 3 orang timbalan gabenor di bawah Dr.Zeti Aziz
Dato' Muhammad bin Ibrahim
|
Dr. Sukudhew Singh |
----------------------------------------------------
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus |
Sekiranya benar tekanan semasa memaksa Dr.Zeti lepaskan jawatan sebagai gabenor maka sudah pasti BNM akan mendapat gabenor baharu.
Tujuan saya menulis bukan hanya berkait penganti gabenor mala untuk mengingatkan semua pengumpul terutamanya pendatang baru agar bersedia dengan menyimpan prefix terbaru bagi semua denominasi.
Jika Dr.Zeti Aziz melepaskan jawatan, maka percetakan terakhir bakal menjadi prefix terakhir untuk era Dr.Zeti Aziz. Isu begini sudah pasti dihidu oleh pengumpul lama dan ramai pengumpul lama pasti akan bersedia dengan stack mahupun brick percetakan terakhir.
Jika Dr.Zeti Aziz melepaskan jawatan, maka percetakan terakhir bakal menjadi prefix terakhir untuk era Dr.Zeti Aziz. Isu begini sudah pasti dihidu oleh pengumpul lama dan ramai pengumpul lama pasti akan bersedia dengan stack mahupun brick percetakan terakhir.
Dr.Zeti tidak akan undur dan akan kekal sehingga 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan