25 Februari 2015

KOSMO: Pemandu dapat wang pelik RM50

Klik di sini untuk membaca sumber asal
Berita bertarikh 26 Jun 2009

Berita Menyesatkan Pengguna/Pembaca

Pada 15 Januari 2015, ada sebuah kisah hampir sama seperti di atas (gambar) dilaporkan oleh Sinar Harian dengan tajuk " Wang kertas pelik dari kaunter bank". Yang ini Kosmo pula melaporkan berita dengan kurang pendedahan yang mampu dan pasti akan menyesatkan para pengguna dan pembaca.

Sungguh hairan dengan wartawan yang menerbitkan berita ini tanpa menyiasat terlebih dahulu berkait wang kertas yang dibawa oleh pengadu En. Arif Mohd ke pajabat Kosmo. 

Saya menulis dengan harapan agar wartawan yang menulis/menerbitkan berita ini akan membaca tulisan saya dan mendedahkan diri beliau kepada realiti dan kebenaran disebalik ruang yang telah diwujudkan olehnya untuk menyesatkan para pembaca berita tersebut di atas.

Wang kertas RM50 yang dikatakan unik dan pelik dengan tanda tangan di penjuru bawah adalah tanda tangan Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don iaitu Gabenor ke 5 Bank Negara Malaysia.

Wang kertas RM50 tersebut dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1998 berserta dengan 3 lagi denominasi untuk edaran dan 1 keping wang peringatan seperti berikut:

RM2 1996
RM10 1997
RM50 1998
RM100 1998
Wang Polimer pertama Malaysia
Wang Peringatan (Banknote) Pertama (Sukan Komenwel '98)

Anda juga boleh mendapatkan kepastian berkait maklumatnya dari laman rasmi Bank Negara Malaysia dengan klik link di bawah:

RM2  RM10  RM50  RM50 Polimer dan RM100

Atau hubungi pihak BNM

BNMTELELINK
Telefon : 1-300-88-5465
Faksimile : 03-21741515 / 03-21741616
E-Mel : bnmtelelink@bnm.gov.my

Harap pendedahan seperti ini mampu membuka minda dan pengetahuan para wartawan agar tidak lagi membekalkan maklumat kurang tepat kepada para pembaca seterusnya menyesatkan mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...