|
MYCC 2020b |
Syiling Peringatan Malaysia (Commemorative Coin) |
28
Ogos 2020 |
||||||||
|
25 Tahun Penubuhan Putrajaya 25th Anniversary of the Establishment of Putrajaya |
||||||||||
|
Bank
Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling
peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Penubuhan Putrajaya ke-25
(Putrajaya25). Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada hari
ini (28 Ogos 2020) di Perdana Putra, Putrajaya. Bahagian Hadapan Potret Bangunan Perdana Putra yang
melambangkan pusat pentadbiran negara, berlatarbelakangkan imej samaran
Jambatan Seri Wawasan dan Mercu Tanda Putrajaya. Perkataan "SAMBUTAN JUBLI PERAK PUTRAJAYA” Perkataan "UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA” dengan tulisan rumi dan jawi Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-25
(1995-2020) Bahagian Belakang Logo
rasmi sambutan Putrajaya25 dipaparkan di bahagian tengah duit syiling,
berlatarbelakangkan corak susunan jubin lantai di Dataran Putra. Penggunaan
frosting effects yang berbeza akan memastikan latar belakang kelihatan halus
dan memberikan kesan kontras bagi menyerlahkan lagi warna logo rasmi. Perkataan
BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak
berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini. Nilai
Muka Duit Syiling Jualan Duit Syiling Peringatan Bagi memberikan
peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad
ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu set dua dalam
satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling
emas Nordic (B.U)). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan,
tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Maklumat lanjut tentang tempahan,
pembayaran dan penghantaran akan diumumkan kepada orang ramai pada 25
September 2020. |
||||||||||
|
SPESIFIKASI TEKNIKAL |
||||||||||
|
MYCC 2020b |
Komposisi |
Nilai Muka |
Tempaan |
Berat (grm) |
Diameter (mm) |
|||||
|
Thickness (mm) |
||||||||||
|
AgP Perak Pruf |
Perak berwarna Pruf Silver Proof |
RM10 |
1,000 @RM253 |
31.1 |
Diameter 40.7 |
|||||
|
Tebal |
||||||||||
|
NBU Normal BU |
Emas Nordik Nordic Gold (Cu89 Zn5 Al5 Sn1) |
RM1 |
15,000 @RM13.20 |
8.50 |
Diameter 30.00 |
|||||
|
Tebal 1.80 |
||||||||||
|
S2 |
Perak Pruf & Nordik
Pruf |
Set of 2 |
1000 @RM308 |
|
|
|||||
|
Sisi Edge |
Bergerigi | Milled Edge |
|||||||||
|
Bentuk Shape |
Bulat | Round |
|||||||||
|
Kilang |
Kilang Wang Shah Alam |
|||||||||
|
Nota:
Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk 10% SST. |
||||||||||
|
|
||||||||||
|
Maklumat Tambahan |
||||||||||
|
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM. Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan. |
||||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
||||||
|
|
|
|
|
|
||||||
29 Ogos 2020
MYCC 2020b : 25 Tahun Penubuhan Putrajaya
MYCC 2020 : 50 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia
|
MYCC 2020a |
Syiling Peringatan Malaysia (Commemorative Coin) |
27
Ogos 2020 |
||||||||
|
50 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia 50th Anniversary of Universiti Kebangsaan Malaysia |
||||||||||
|
Bank
Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan
ulang tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke-50 (UKM50). Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar pada 21 Ogos 2020 di UKM Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
Jualan Duit Syiling Peringatan Bagi memberi peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap pembelian akan dihadkan (satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf), satu syiling duit emas Nordic (pruf) dan maksimum sehingga lima duit syiling emas Nordic (B.U)). Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya. Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan, pembayaran dan pengambilan, satu pengumuman akan dibuat kepada orang ramai pada 25 September 2020. |
||||||||||
|
SPESIFIKASI TEKNIKAL |
||||||||||
|
MYCC 2020a |
Komposisi |
Nilai Muka |
Tempaan |
Berat (grm) |
Diameter (mm) |
|||||
|
Thickness (mm) |
||||||||||
|
AgP Perak Pruf |
Perak Pruf Silver Proof |
RM10 |
1,000 @RM253 |
31.1 |
Diameter 40.7 |
|||||
|
Tebal |
||||||||||
|
| ||||||||||
|
NP Nordic Pruf |
Emas Nordik Pruf Nordic Gold Proof (Cu89 Zn5 Al5 Sn1) |
RM1 |
1,000 @RM60.50 |
8.50 |
Diameter 30.00 |
|||||
|
Tebal 1.80 |
||||||||||
|
NBU Normal BU |
Emas Nordik Nordic Gold (Cu89 Zn5 Al5 Sn1) |
RM1 |
15,000 @RM13.20 |
8.50 |
Diameter 30.00 |
|||||
|
Tebal 1.80 |
||||||||||
|
NBU Normal BU |
Emas Nordik Nordic Gold (Cu89 Zn5 Al5 Sn1) Khas Buat Warga UKM? |
RM1 |
10,000 @RM? |
8.50 |
Diameter 30.00 |
|||||
|
Tebal 1.80 |
||||||||||
|
S2 |
Perak Pruf & Nordik
Pruf |
Set of 2 |
1000 @RM308 |
|
|
|||||
|
Sisi Edge |
Bergerigi | Milled Edge |
|||||||||
|
Bentuk Shape |
Bulat | Round |
|||||||||
|
Kilang |
Kilang Wang Shah Alam |
|||||||||
|
Nota:
Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk 10% SST. |
||||||||||
|
|
||||||||||
|
Maklumat Tambahan |
||||||||||
|
Semua Duit Syiling
Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium
pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka
sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM. Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan. |
||||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
||||||
|
|
|
|
|
|
||||||
05 Julai 2020
Perlukah anda turun dari rumah pangsa untuk menerima bungkusan kurier?
Numismatik dan perkhidmatan kiriman pos berpisah tiada, lagi-lagi pada era Covid 19-PKP kini. Saya pasti ramai di kalangan anda sedang memesan dan membeli barangan keperluan dan item numismatik melalui pesanan atas talian dan ianya dikirim menggunakan perkhidmatan pos dan kurier.
Ramai di kalangan pengguna yang tinggal di rumah pangsa dan appartment mengadu bahawa penghantar bungkusan dari syarikat kurier tidak mahu menghantar bungkusan mereka ke depan pintu. Disebaliknya penghantar akan menelifon penerima dan meminta untuk turun ke aras bawah untuk mengambil bungkusan mereka.
Jika anda meminta mereka naik ke atas dan menghantarnya ke depan pintu, penghantar akan memberikan bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal seperti berikut :-
·
Saya
tidak senang untuk naik.
·
Saya
kirim sampai ke peti surat sahaja.
·
Saya
ada banyak bungkusan lain untuk dihantar.
·
Saya
menunggu di bawah dan kamu turun sekarang.
·
dan lain-lain.
Saya percaya, ramai di kalangan anda terpaksa mengalah dan turun ke bawah (dari appartment/rumah pangsa) untuk mendapatkan bungkusan tersebut, bukan? Mungkin ada diantara daripada anda memaksa penghantar untuk menghantar parcel tersebut ke depan pintu. Pada lazimnya, prosidur syarikat kurier adalah seperti berikut :-
·
Kirimkan
parcel ke depan pintu
·
Rekodkan
maklumat si penerima
·
Mendapatkan
tanda tangan si penerima
·
Tinggalkan
notis kegagalan penghantaran sekiranya tiada orang di rumah
·
Cubaan
untuk kiriman kedua setelah dihubungi si penerima
Tetapi, penghantar kurier kini tidak mencatatkan maklumat dan meminta tanda tangan penerima semenjak PKP dimulakan pada 18hb March 2020. Walaubagaimanapun, saya cuba mendapatkan kepastian dari pihak syarikat kurier berkait prosidur kiriman yang patut diamalkan oleh para penghantar syarikat mereka.
Berikut adalah jawapan bertulis yang berjaya
saya dapatkan dari salah satu syarikat kurier yang menawarkan perkhidmatan
kurier di Malaysia.
Mengikut jawapan di atas, syarikat tersebut menyatakan bahawa "memastikan parcel tersebut akan dihantar ke alamat yang dinyatakan".
Ini bermaksud, penghantar mesti kirimkan parcel (bungkusan) anda ke depan pintu rumah anda kerana alamat yang tertera pada percel itu adalah alamat rumah anda yang mungkin berapa di tingkat 18 rumah pangsa atau appartment.
Saya juga telah membuat carian di laman web
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan mendapati Akta Pos yang diguna pakai di Malaysia adalah "Postal Services Act 1991".
Saya benar-benar keliru dengan penemuan saya tentang "Performance Standards for Postal Services " untuk domestic pardel service seperti berikut:-
· Ianya memiliki tarikh tamat tempoh.
·
Ianya
telah tamat tempoh pada 31 Desember 2015.
· Ianya hanya dilesankan kepada Pos Malaysia Berhad.
· Syarikat kurier lain bebas dari Performance Standards for Postal Services?
Anda boleh membaca dan memuat turun file PDFnya
di link berikut :
Saya tidak mahu membuat komen lanjutan berkait penemuan saya berkait perkara di atas demi untuk mengelak sebarang salah fakta dan maklumat. Jika ada kakitangan MCMC di kalangan pembaca, sudilah hubungi saya dan berkongsi maklumat berkait dokument tersebut di atas.
Semula kepada perkara asal, biarpun Performance Standards tersebut telah tamat tempoh, ianya tetap merekodkan seperti berikut :-
"Delivery of parcel to the addressee including the notice duly left in the letterbox in the case the addressee is not available at the premise"
Di mana ianya membawa maksud sama seperti yang saya menulis di atas iaitu Penghantaran parcel kepada si 'penerima'.
Maka semua parcel yang dikirimkan oleh syarikat kurier di Malaysia harus dikirimkan kepada 'Si Penerima' seperti di alamat yang tertera pada parcel tersebut. Sekiranya si penerima tiada di rumah, maka si penghantar perlu meninggalkan notis kehadirannya di dalam peti surat si penerima.
Alamat rumah dan peti surat adalah dua perkara berbeza pada zaman ini di mana peti surat telah diasingkan jauh daripada alamat (rumah) tersebut di perumahan rumah pangsa, appartment mahupun di kondominium. Ianya bagi memudahkan kerja penghantaran surat bersetem.
Saya berharap perkongsian kali ini mampu
memecahkan kebuntuan para penduduk di rumah pangsa dan appartment apabila
berdepan masalah kiriman parcel seperti tersebut di atas.








