05 Julai 2020

Perlukah anda turun dari rumah pangsa untuk menerima bungkusan kurier?

Home



Numismatik dan perkhidmatan kiriman pos berpisah tiada, lagi-lagi pada era Covid 19-PKP kini. Saya pasti ramai di kalangan anda sedang memesan dan membeli barangan keperluan dan item numismatik melalui pesanan atas talian dan ianya dikirim menggunakan perkhidmatan pos dan kurier.

Ramai di kalangan pengguna yang tinggal di rumah pangsa dan appartment mengadu bahawa penghantar bungkusan dari syarikat kurier tidak mahu menghantar bungkusan mereka ke depan pintu. Disebaliknya penghantar akan menelifon penerima dan meminta untuk turun ke aras bawah untuk mengambil bungkusan mereka. 

Jika anda meminta mereka naik ke atas dan menghantarnya ke depan pintu, penghantar akan memberikan bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal seperti berikut :-

·         Saya tidak senang untuk naik.

·         Saya kirim sampai ke peti surat sahaja.

·         Saya ada banyak bungkusan lain untuk dihantar.

·         Saya menunggu di bawah dan kamu turun sekarang.

·         dan lain-lain.

 

Saya percaya, ramai di kalangan anda terpaksa mengalah dan turun ke bawah (dari appartment/rumah pangsa) untuk mendapatkan bungkusan tersebut, bukan? Mungkin ada diantara daripada anda memaksa penghantar untuk menghantar parcel tersebut ke depan pintu. Pada lazimnya, prosidur syarikat kurier adalah seperti berikut :-

·         Kirimkan parcel ke depan pintu

·         Rekodkan maklumat si penerima

·         Mendapatkan tanda tangan si penerima

·         Tinggalkan notis kegagalan penghantaran sekiranya tiada orang di rumah

·         Cubaan untuk kiriman kedua setelah dihubungi si penerima


Tetapi, penghantar kurier kini tidak mencatatkan maklumat dan meminta tanda tangan penerima semenjak PKP dimulakan pada 18hb March 2020. Walaubagaimanapun, saya cuba  mendapatkan kepastian dari pihak syarikat kurier berkait  prosidur kiriman yang patut diamalkan oleh para penghantar syarikat mereka.

Berikut adalah jawapan bertulis yang berjaya saya dapatkan dari salah satu syarikat kurier yang menawarkan perkhidmatan kurier di Malaysia.

 


Mengikut jawapan di atas, syarikat tersebut menyatakan bahawa "memastikan parcel tersebut akan dihantar ke alamat yang dinyatakan".

Ini bermaksud, penghantar mesti kirimkan parcel (bungkusan) anda ke depan pintu rumah anda kerana alamat yang tertera pada percel itu adalah alamat rumah anda yang mungkin berapa di tingkat 18 rumah pangsa atau appartment.

Saya juga telah membuat carian di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan mendapati Akta Pos yang diguna pakai di Malaysia adalah "Postal Services Act 1991".  

Saya 
benar-benar keliru dengan penemuan saya tentang "Performance Standards for Postal Servicesuntuk domestic pardel service seperti berikut:-

·         Ianya memiliki tarikh tamat tempoh.

·         Ianya telah tamat tempoh pada 31 Desember 2015.

·         Ianya hanya dilesankan kepada Pos Malaysia Berhad.

·         Syarikat kurier lain bebas dari Performance Standards for Postal Services?


Anda boleh membaca dan memuat turun file PDFnya di link berikut :

 Domestic Parcel Service


  

Saya tidak mahu membuat komen lanjutan berkait penemuan saya berkait perkara di atas demi untuk mengelak sebarang salah fakta dan maklumat. Jika ada kakitangan MCMC di kalangan pembaca, sudilah hubungi saya dan berkongsi maklumat berkait dokument tersebut di atas.

Semula kepada perkara asal, biarpun Performance Standards tersebut telah tamat tempoh, ianya tetap merekodkan seperti berikut :-

"Delivery of parcel to the addressee including the notice duly left in the letterbox in the case the addressee is not available at the premise"

Di mana ianya membawa maksud sama seperti yang saya menulis di atas iaitu Penghantaran parcel kepada si 'penerima'.

Maka semua parcel yang dikirimkan oleh syarikat kurier di Malaysia harus dikirimkan kepada 'Si Penerima' seperti di alamat yang tertera pada parcel tersebut. Sekiranya si penerima tiada di rumah, maka si penghantar perlu meninggalkan notis kehadirannya di dalam peti surat si penerima.

Alamat rumah dan peti surat adalah dua perkara berbeza pada zaman ini di mana peti surat telah diasingkan jauh daripada alamat (rumah) tersebut di perumahan rumah pangsa, appartment mahupun di kondominium. Ianya bagi memudahkan kerja penghantaran surat bersetem.

Saya berharap perkongsian kali ini mampu memecahkan kebuntuan para penduduk di rumah pangsa dan appartment apabila berdepan masalah kiriman parcel seperti tersebut di atas.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...