14 April 2019

Wang Kertas di Dalam Edaran Pada 31 Dis 2018

Home




Agak lama kami menyepi  dan tidak dapat mengemas kini berkait jumlah wang di dalam edaran. Sudah pasti anda tertunggu-tunggu dan terus menanti di luar sana kan?.

Saya harap ramai sedar akan isu-isu semasa yang berkait rapat dgn BNM dan juga numismatik tempatan. Banyak perkara telah dan sedang diubah mengikut keperluan semasa. Maka kami juga terhalang dan terpaksa mengambil masa untuk kembali mendapatkan maklumat untuk berkongsi dengan anda semua.


Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi untuk ke empat-empat suku bagi tahun 2018.

Jumlah Wang Kertas di dalam edaran (RM juta)
Denom
31 Mar
2018
30 Jun 2018
30 Sep
2018
31 Dis
2018
RM 1
2,398.2
2,737.4
2,489.5
2,402.2
RM 2
125.8
125.7
125.7
125.7
RM 5
2,273.5
2,510.4
2,246.9
2,177.8
RM10
5,805.9
5,995.1
5,439.4
5,413.1
RM20
2,877.0
3,079.5
2,863.6
2,915.7
RM50
45,209.3
46,118.8
43,638.1
45,365.3
RM100
44,576.2
45,358.6
43,617.2
44,434.1
RM500
74.7
74.7
74.7
74.7
RM1000
24.4
24.4
24.4
24.4
Lain2*
6.5
7.0
7.8
7.8
Total  RM
103,371.5
106,031.6
100,527.3
102,940.8
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
*Lain2 mewakili denominasi selain di senarai di atas.


(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. 


Sekiranya anda memiliki RM500 atau RM1000 (dalam keadaan baik) di dalam simpanan serta memiliki hasrat untuk memulangkannya kepada Bank Negara; Cuba hubungi mana-mana penjual atau pengumpul duit lama. Saya pasti mereka berminat untuk membayar anda dan memberikan nilai tambahan untuk wang tersebut.

Senarai duit syiling di dalam edaran akan menyusul dalam masa terdekat.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh tulisan kami berkait mata wang di dalam edaran sejak 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...