01 Julai 2020

Kupang hilang dicuri


Kami menerima satu perkongsian tentang kehilangan sekeping Kupang daripada salah seorang ahli numismatik di Facebook Groups. Kami harap anda akan membaca, memahami dan seterusnya berusaha untuk berkongsi maklumat ini sehingga semua ahli numismatis mengetahui hal ini. Harapan kami adalah agar Kupang tersebut mempu ditemui dan kembali kepada tuannya.

Berikut adalah perkongsian tersebut :


Kupang Kesultanan Johor dari pemerintahan Sultan Abdullah Ma'ayat Shah

Helo rakan-rakan dan para numismatis,

Sekeping Kupang Kesultanan Johor dari pemerintahan Sultan Abdullah Ma'ayat Shah telah hilang dicuri semasa dikiriman (surat) pada 22 Jun 2020. Saya telah membeli Kupang seperti di gambar dan beratnya sekitar 0.63 gram, dari seorang peniaga numismatik terkenal Amerika pada 3 Jun 2020 sebagai ganjaran untuk perbelanjaan minimum saya semasa 'lockdown' dan untuk mengembalikannya ke tanah air kita, di mana ianya adalah sebahagian daripada warisan Malaysia kita.

Disebalik penantian, saya mendapati bungkusan itu basah dan memiliki kesan koyak kecil ketika menerimanya pada 22 Jun 2020. Menjangka yang terburuk, saya mendapati "corrugated cardboard" dalaman (di mana barang-barang numismatik biasanya dihantar untuk mencegah pencurian semasa kiriman ) juga lembap dan terkoyak. Seperti yang ditakuti, Kupang tersebut telah hilang dan tidak dijumpai.

Sambil tidak meletakan harapan, sekurang-kurangnya saya ingin mencuba dan memastikan si pencuri mendapat keuntungan seminima mungkin dari perbuatannya. Penjual numismatik dari mana saya membeli Kupang tersebut telah menyebarkan perincian dan gambar Kupang di beberapa pangkalan data duit syiling yang dicuri untuk menghalang mana-mana pelelong terkenal daripada menerimanya sekiranya kupang tersebut cuba dilelong.

Oleh itu, saya juga akan berterima kasih sekiranya anda dapat menolong saya dengan berkongsi perkara ini di kalangan rakan-rakan dan peniaga-peniaga numismatik anda untuk membuat mereka berjaga-jaga dan untuk menghubungi pihak polis sekiranya menemui Kupang tersebut kerana ianya merupakan isu jenayah yang disiasat oleh pihak polis Malaysia (No. Laporan Petaling / 005938/20) dan Pos Malaysia Berhad (No. Aduan CP20062300290).

Terima Kasih. 

---------------------------------------------------------------------

Perkongsian sebenar :

25 April 2020

Duit syiling di dalam edaran pada 30 Sep dan 31 Dis 2019



Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada 30 Sep dan 31 Dis 2019 dan berikut adalah angka dan jumlah angka berkait duit syiling yang berada di dalam edaran bagi  dua suku terakhir bagi tahun 2019.


Berikut adalah senarai denominasi duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di  dalam edaran pada  suku ketiga dan keempat bagi tahun 2019.



Jumlah Duit Syiling di dalam edaran
Denom
30 Sep 2019
31 Dis 2019
Keterangan
1   Sen
43,300,000
43,300,000
Keluaran sejak 1967-2007
5   Sen
220,200,000
222,600,000
Termasuk Siri 1,2,3
10 Sen
825,000,000
833,500,000
20 Sen
1,080,900,000
1,093,000,000
50 Sen
1,258,000,000
1,276,300,000
RM   1
32,400,000
32,300,000
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM   5
9,700,000
9,700,000
Lain2
65,700,000
65,700,000
Selain dari denom yang tersenarai di atas
Total RM
3,535,200,000
3,576,400,000
Numiscat
Nota: Angka-angka di atas telah dibundarkan ke ratus ribu terdekat

* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.

Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. 

Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.



Klik di sini untuk membaca berkait wang kertas di dalam edaran pada 30 Sep dan 31 Dis 2019


 Maklumat tambahan - Kenyataan rasmi BNM 

Berikut adalah salah satu kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh pihak BNM untuk tatapan umum dan dunia berkait modal dan liabiliti Malaysia bagi tahun berakhir 31 Dis 2019 secara sah (Menurut Seksyen 12(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009).  Kenyataan tersebut telah  dibentangkan oleh Timbalan Gabenor BNM Tuan Abdul Rasheed Ghaffour pada 8 Januari 2010.

Jumlah mata wang di dalam edaran adalah salah satu angka yang mewakili modal dan liabiliti negara. 




Mengikut angka yang dikongsikan oleh BNM di dalam kenyataan modal dan liabiliti bagi tahun 31 Dis 2019, Wang di dalam edaran adalah RM114,097,175,100. Jumlah tersebut juga mewakili semua mata wang yang dikeluarkan oleh BNM sejak 1967.


Angka tersebut juga termasuk wang kertas edaran, wang kertas peringatan, duit syiling edaran dan  duit syiling peringatan yang masih berada di dalam edaran pada 31hb Disember 2019. 

13 April 2020

Wang kertas di dalam edaran pada 30 Sep dan 31 Dis 2019



 

Kami ingin berkongsi angka-angka yang mewakili jumlah mata wang di dalam edaran bagi suku ketiga dan keempat tahun 2019. Harap perkongsian seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu arena numismatik tempatan dan seterusnya menjadi rujukan apabila perlu.
.
Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada suku ketiga dan keempat 2019.

Jumlah Wang Kertas di dalam edaran
Denominasi
30 Sep 2019
31 Dis 2019
RM 1
2,593,900,000
2,579,100,000
RM 2
125,500,000
125,500,000
RM 5
2,408,200,000
2,460,200,000
RM10
5,729,700,000
6,098,400,000
RM20
3,029,900,000
3,182,200,000
RM50
45,076,100,000
47,424,300,000
RM100
46,515,900,000
48,544,300,000
RM500
74,700,000
74,700,000
RM1000
24,400,000
24,400,000
Lain2
7,800,000
7,800,000
Total  RM
105,586,100,000
110,520,900,000
Nota: Angka-angka di atas telah dibundarkan ke ratus ribu terdekat

(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. DINYAHWANGKAN BERKUAT KUASA PADA  1hb JULAI 1999

Sekiranya anda memiliki RM500 atau RM1000 (dalam keadaan baik) di dalam simpanan serta memiliki hasrat untuk memulangkannya kepada Bank Negara; Cuba hubungi mana-mana penjual atau pengumpul duit lama. Saya pasti mereka berminat untuk membayar anda dan memberikan nilai tambahan untuk wang tersebut.




 Maklumat tambahan - Kenyataan rasmi BNM 

Berikut adalah salah satu kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh pihak BNM untuk tatapan umum dan dunia berkait modal dan liabiliti Malaysia bagi tahun berakhir 31 Dis 2019 secara sah (Menurut Seksyen 12(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009).  Kenyataan tersebut telah  dibentangkan oleh Timbalan Gabenor BNM Tuan Abdul Rasheed Ghaffour pada 8 Januari 2010.

Jumlah mata wang di dalam edaran adalah salah satu angka yang mewakili modal dan liabiliti negara. 




Mengikut angka yang dikongsikan oleh BNM di dalam kenyataan modal dan liabiliti bagi tahun 31 Dis 2019, Wang di dalam edaran adalah RM114,097,175,100. Jumlah tersebut juga mewakili semua mata wang yang dikeluarkan oleh BNM sejak 1967.

Angka tersebut juga termasuk wang kertas edaran, wang kertas peringatan, duit syiling edaran dan  duit syiling peringatan yang masih berada di dalam edaran pada 31hb Disember 2019. 



23 November 2019

Fakta Numismatik : Tanda Tangan "AISHAH"




Ramai rakyat Malaysia sebenarnya tidak tahu apa yang wujud pada wang kertas Malaysia. Mereka juga tidak ingin ambik tahu semua itu selagi wang kertas yang mereka miliki adalah asli dan boleh diguna pakai tanpa sebarang masalah.

Salah satu perkara yang dimiliki oleh semua wang kertas Malaysia adalah tanda tangan gabenor BNM pada muka depannya. Tanda tangan pada wang kertas akan berubah apabila gabenor BNM berubah. Ramai juga rakyat Malaysia tidak tahu akan fakta tersebut.

Kini, tahun 2019, kita mampu dan "sering" berjumpa dengan 3 tanda tangan berbeza pada wang kertas Malaysia. Iaitu tanda tangan TS Dato Dr.Zeti Aziz,  Dato' Muhammad Ibrahim dan Datuk Nor Shamsiah. Selain dari itu, kita masih boleh jumpa (tapi sudah jarang-jarang) tanda tangan TS DS Ali Abul Hassan dan TS Dato Ahmad Mohd don.


Berikut adalah senarai gabenor BNM sejak penubuhannya sehingga kini (2019)

 
Jika diperhatikan dengan teliti, tiada nama "AISHAH" yang wujud di dalam senarai  di atas.

Nama "AISHAH" sering kedengaran di dalam dunia numismatik tempatan terutamanya oleh pendatang baru. Mereka sering memaksudkan suatu tanda tangan pada wang kertas keluaran Bank Negara Malaysia sebagai tanda tangan "AISHAH".

Sebenarnya siapa "AISHAH" tersebut? . Benarkah tanda tangan pada wang kertas tersebut adalah milik si "AISHAH" yang mereka maksudkan. Ayuh kita sama2 membongkarkan kisah dan fakta yang berkaitan dengan misteri yang sebenarnya bukan misteri.



Berikut adalah tanda tangan Tan Sri Ali Abul Hassan (AAH).

Tanda tangan TS Ali Abul Hassan
Jika diperhatikan betul-betul, tanda tangan Ali Abul Hassan (AAH) kelihatan seperti "Aishah" dan wang kertas yang memiliki tanda tangannya memasuki edaran pada tahun 1999.

RM2 AAH siri 9 (tanda tangan tepi) dan siri 10 (tanda tangan tengah)
Denominasi RM2 dan RM10 telah merasmikan Wang kertas siri 9 dengan memasuki edaran pada bulan Januari 1999 dan diikuti oleh RM50 dan RM100 pada bulan Jun 1999.

Denominasi RM5 telah merasmikan Wang Kertas Siri 10 dengan memasuki edaran pada 27 September 1999 dan diikuti oleh RM2, RM10, RM50 dan RM100 pada 13 November 1999.

Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan hanya menduduki kerusi gabenor selama 2 tahun iaitu bermula September 1998 hingga April 2000. Pada jangka masa itulah tanda tangan beliau dicetak pada wang kertas Malaysia dan telah diedarkan di dalam edaran.




Berikut adalah kisah bagaimana nama Aishah berkait dgn tanda tangan Ali Abul Hassan.
Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah
merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XI 
(26 April 1999 - 21 November 2001)

Ketika itu (1999-2001) nama Permaisuri Agong sering kedengan di TV dan selalu tertulis pada dada surat khabar tempatan. Di dalam edaran pula wujud wang kertas dengan tanda tangan baru maka tanda tangan itu difikirkan tanda tangan Permaisuri Siti Aishah.

Sehingga ke hari ini, ramai rakyat Malaysia masih tidak tahu siapa yang menanda tangani wang kertas Malaysia. Ada sebahagian dari mereka masih memikirkan ianya ditanda tangani oleh Agong, Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Ahli Politik dan Ahli Korporat.

Pada era 2000 masih belum memiliki telefon pintar Anroid mahupun wifi. Pendek kata, Malaysia masih pada peringat awal di mana  GPRS sedang diuji oleh Celcom dengan kelajuan 56k.  Oleh yang demikian, tiada teknologi maklumat sehebat hari ini untuk kita berkongsi maklumat. 

Segalanya bergantung pada TV, Radio dan media cetak sahaja. Nak msg? boleh saja tetapi 30 sen setiap SMS jika guna postpaid dan 60sen untuk pengguna prepaid. Maka perbualan di kedai kopi memainkan peranan penting di dalam penyebaran berita ketika era itu.

Perbualan dan perkongsian di kedai kopi ketika dulu sama hebat dengan perbualan dan perkongsian kita di facebook dan whatsapp pada hari ini. Di mana semua ahli kedai kopi akan bercakap seperti tahu dan faham segalanya. Era tanpa pakcik "google" untuk mendapatkan kepastian.

"Tanda tangan nampak seakan Aishah, ketika itu Raja Permaisuri pun Aishah, maka ahli mesyuarat kedai kopi telah membuat kesimpulan bahawa tanda tangan pada wang kertas biasanya Agong yang 'Sign' dan kali ini Raja Permaisuri  pula yang 'Sign'."

Maka begitulah terwujudnya al-kisah penyebaran tentang tanda tangan AISHAH. Harap para pembaca dapat sedikit sebanyak pencerahan tentang nama misteri "AISHAH" yang sering kedengaran di dunia numismatik.

RM1 Jaffar Siri 6

Ramai di luar sana mendengar akan kisah RM1 "Sign" Aishah boleh dijual dengan harga sangat tinggi. Mereka tidak tahu mana satu tanda tangan Aishah dan mencuba nasib dengan menjual RM1 Jaffar Siri 6 dengan harapan mampu memiliki ribuan ringgit. RM1 Jaffar siri 6 dengan nombor siri biasa hanya bernilai RM3-5 sekeping untuk kondisi UNC.

RM1 AAH (Ali Abul Hassan) Nilai numismatiknya telah mencapai ribuan ringgit untuk kondisi UNC.
RM1 Tanda Tangan Aishah (RM1 AAH)  ini sebenarnya adalah wang kertas yang tidak diedarkan oleh pihak BNM atas sebab kesilapan percetakan. Ianya tersalah lepas ke dalam edaran dan jumlah yang dapat diselamatkan oleh pengumpul adalah sangat sedikit. Anda boleh membaca tentang  kisah RM1 AAH di sini.

Semoga dengan adanya tulisan ini, buruan untuk RM1 AAH akan berterusan dan membuahkan hasil. (Jika dah jumpa, jangan lupa untuk hubungi numiscat dan kongsi kejayaan anda).

Terima kasih kepada tuan Ariel Syah dan saya tujukan tulisan ini khas buatnya kerana telah menjadi punca dan sebab kenapa saya menulis posting ini.

P/S: Tulisan ini berdasarkan penggalaman dan fakta yang dimiliki oleh kami, sekiranya anda merasakan ada fakta yang tidak betul dan perlu diperbetulkan, sila hubungi kami. Sumbangan dan teguran membina daripada anda amat dialu-alukan.

02 November 2019

MNS - Konvensyen Numismatik Antarabangsa 2019


MNS-INC 2019
MNS-INC Promo Banner Design.jpg
Persatuan Numismatik Malaysia (Malaysia Numismatic Society) bakal mengadakan Konvensyen Numismatik Antarabangsa 2019 selama 2 hari iaitu pada 16hb dan 17 hb November 2019 bertempat di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. 

Konvensyen bersempena dengan Jubli Emas MNS padat dengan banyak aktiviti menarik seperti berikut:
  • 4 Seminar Numismatik** (Nota dan Sijil penyertaan disediakan)
  • Coin & Banknote Fair (Tiada bayaran masuk - Percuma)
  • Gala Dinner MNS sempena 50 tahun** 
  • Lelongan Numismatik (Terbuka kepada umum)
**Bayaran RM80 untuk ahli berdaftar dan RM180 bagi bukan ahli.
Klik di disini untuk berdaftar menjadi ahli dengan hanya RM50/setahun




Aturcara pada 16hb (Hari Pertama)

Aturcara pada 17hb (Hari Kedua)

Seminar Numismatik






Plan Lantai Konvensyen





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...