MYCC1999d: Syiling Emas Millenium



MYCC
1999d
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
23 Dis 1999
Syiling Emas Millenium
Millennium Gold Coin

DR. MAHATHIR berdiri di hadapan replika duit syiling ketika melancarkan 
syiling emas peringatan alaf baru di Kuala Lumpur semalam.(Sumber Pic)

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling emas peringatan sempena Tahun 2000..Ianya telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Disember 1999.

Duit Syiling  Emas Millenium ini memang unik atas sebab-sebab berikut:
  • Didatangkan dengan kotak khas yang diperbuat dari Pewter
  • Memiliki nilai muka RM500
  • Nilai mukanya ditulis menggunakan RINGGIT MALAYSIA
  • Hanya ditempa menggunakan logam emas.
  • Harga jualanannya (RM2000) sudah pasti akan menjadikan duit syiling ini tidak mampu dimiliki oleh semua peringkat pengumpul.
Bahagian Hadapan
  • Imej sirih junjung sebagai simbolik untuk menyambut alaf baru
  • Imej dua bilah keris melambangkan kesediaan negara menghadapi cabaran alaf baru
  • Imej Glob dikelilingi neutron bagi memaksudkan negara sedang ke era baru yang berlandaskan teknologi maklumat dalam persekitaran yang lebih global.
  • Perkataan MENUJU KEGEMILANGAN ABAD KE-21 mengunakan tulisan rumi dan jawi.
Bahagian Belakang
  • Imej Jata Negara
  • Perkataan SYILING PERINGATAN TAHUN 2000
  • Nilai Muka Duit Syiling :500 RINGGIT MALAYSIA

SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
1977
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Tebal (mm)
Thickness
AuP
Emas Pruf
Emas Pruf
Gold Proof
(Au99.9)
500
Ringgit
10,000
25.0
Dinameter
35.0
Tebal
1.4
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat  | Round
Kilang
Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd
Harga
BNM
RM2000

Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...