Saya mengikuti rapat dengan perkembangan isu-isu semasa sejak
Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum yang ke 14. Banyak perkara yang dikongsikan dan ditularkan di dalam laman sosial biarpun kesahihannya tidak pasti mahupun ianya
adalah "berita palsu".
Salah satu berita yang sedang ditularkan adalah berkait
"cadangan untuk menukar mata wang RM10,RM20,RM50 dan RM100". Berita ini ditularkan
bersama dengan beberapa gambar mata wang baru.
Sebagai seorang numismatis dan penulis berkait numismatik
Malaysia, saya terpanggil untuk menyiasat dan menulis tentang penularan ini agar para pembaca mendapatkan sedikit
maklumat berkait berita yang sedang diviralkan di dalam laman sosial.
Nota: Berikut adalah siasatan peribadi saya dan tolong
membetulkan sekiranya ada sebarang fakta lain.
Pada 26 May 2018, seorang gadis telah menulis satu cadangan di dinding facebooknya. Tulisan tersebut telah dikongsi dan telah di "copy paste" oleh ramai pengguna lain di laman masing2.
Setelah beberapa hari ianya menular di facebook dan
whatapp, akhirnya berita tersebut kini telah mula berubah rupa dan isi
kandungannya. Pada asalnya ianya adalah cadangan daripada rakyat kepada Tun
Mahathir tetapi kini ianya telah diubah umpama ianya adalah cadangan Tun
Mahathir kepada negara.
Berita tersebut di atas disertakan dengan beberapa gambar
mata wang RM5, RM10 dan RM1000 seperti berikut.
Sumber gambar & berita1 Sumber gambar & berita 2 |
Wang kertas di atas adalah rekaan konsep mata wang yang
direka oleh pereka Mu'az Muhammad semasa
beliau menuntut di Universiti Sains Malaysia. Grafik rekaan tersebut telah
dimuat naik ke laman facebooknya pada Julai 2015.
Saya rasa Mu'az Muhammad sendiri telah memadamkan atau mengeluarkannya daripada laman facebook beliau sebab saya gagal untuk menemuinya di dalam pencarian saya.
Saya rasa Mu'az Muhammad sendiri telah memadamkan atau mengeluarkannya daripada laman facebook beliau sebab saya gagal untuk menemuinya di dalam pencarian saya.
MENUKAR MATA WANG BAHARU
Sesuatu negara biasanya akan menukar mata wang mereka apabila
ada keperluan dan kepentingan untuk menyerapkan ciri-ciri keselamatan terkini mengikut
arus perubahan teknologi.
Menukar mata wang juga merupakan salah satu proses yang akan menelan kos yang tinggi. Maka ianya tidak
boleh dilakukan sesuaka hati kecuali ada kepentingan yang perlu dipertengahkan demi keselamatan dan
kestabilan ekonomi negara.
Apakah benar kerajaan perlu menukar RM10 dan RM20 seperti
yang dicadangkan di dalam berita yang
menular tersebut?
Sila lihat sendiri hakikat sebenar mata wang Malaysia di
dalam edaran pada 31 Disember 2017.
Berikut adalah jumlah
nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada suku keempat (31hb
Dis) 2017.
Jumlah
Wang Kertas di dalam edaran pada
|
||
Denom
|
30-Jun-17
|
31
Dis 2017*
|
RM
1
|
2,602,069,607
|
2,262,153,320
|
RM
2
|
125,942,030
|
125,832,010
|
RM
5
|
2,312,655,950
|
2,014,247,235
|
RM10
|
5,930,448,520
|
5,165,623,370
|
RM20
|
2,862,364,960
|
2,815,266,800
|
RM50
|
46,373,463,300
|
44,811,091,815
|
RM100
|
41,882,436,875
|
43,075,894,425
|
RM500
|
74,746,500
|
74,749,500
|
RM1000
|
24,447,000
|
24,429,000
|
Total
RM
|
102,188,574,742
|
100,369,287,475
|
*Pelarasan
Tunai dalam transit.
(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)
Cukup jelas di mana mata wang RM1, RM5, RM10 dan RM20 bukanlah pilihan
yang tepat sebab denominasi kecil dan pertengahan tersebut tidak wujud di dalam
jumlah yang besar. Masing-masing hanya wujud di dalam jumlah RM2 hingga RM5 billion sahaja
berbanding RM50 dan RM100 sekitar RM43 billion dan RM45 billion.
Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan ingin mengambil
keputusan untuk menukar siri (reka bentuk) mata wang terkini kepada yang terbaharu atas alasan
keselamatan dan kestabilan ekonomi untuk mengesan simpanan beku di dalam rumah oleh pihak-pihak tertentu maka denominasi RM50 dan RM100 adalah pilihan
yang tepat.
Jika benar kerajaan ingin mengambil tindakan sedemikian sekalipun, saya pasti kerajaaan tidak akan bincangkan isu seperti ini secara bebas di laman sosial. Sepatutnya ianya dirahsiahkan daripada pengetahuan awam demi keberkesanannya.
Saya meramalkan mata wang siri ke 5 (BNM) baharu akan mengambil
tempat sekitar pada tahun 2022-2025 dan ini bermaksud rakyat perlu menunggu minimum
4 tahun lagi untuk melihat mata wang siri baharu.
Sebagai seorang numismatis tempatan, kita (semua numismatis) sama-sama
memikul tanggung jawap untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada semua
pengguna di luar sana.
Semoga perkongsian kali ini mampu memberikan petunjuk sebenar berkait "mata wang baru" yang sedang ditularkan di dalam laman sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan