14 Februari 2021

MYCC 2020c : APEC 2020


MYCC

2020c

Syiling Peringatan Malaysia

(Commemorative Coin)

20 Nov

2020

 Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020

Asia-Pacific Economic Cooperation Meetings 2020

(APEC 2020) 

 


 

Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020 di Malaysia (APEC 2020).

 

Duit syiling peringatan ini dilancarkan bersempena dengan Mesyuarat Ketua-ketua Negara APEC pada 20 November 2020.

 

Reka Bentuk Duit Syiling

 

Duit syiling peringatan ini ditempa dengan dua teknik permukaan yang berbeza dengan menggunakan teknologi laser canggih dan digital frosting untuk mencipta kesan pelangi. Reka bentuk ini merupakan pengeluaran yang pertama seumpama itu. Reka bentuk syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

 

Bahagian Hadapan


Reka bentuk artistik 21 imej manusia (human figures) pada bahagian tengah duit syiling melambangkan kerjasama 21 negara APEC untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan di rantau ini.

  • Perkataan " ASIA-PACIFIC ECONOMIC COOPERATION 2020
  • Tema APEC 2020 iaitu “OPTIMISING HUMAN POTENTIAL TOWARDS A FUTURE OF SHARED PROSPERITY

 

Bahagian Belakang

 

Elemen hiasan corak songket bunga pecah lapan yang menjadi latar belakang bahagian ini melambangkan kekayaan budaya Malaysia.

  • Logo rasmi APEC 2020
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling

 

 

Jualan Duit Syiling Peringatan

 

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U)). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Maklumat lanjut tentang tempahan, pembayaran dan penghantaran akan diumumkan kepada orang ramai.

 

SPESIFIKASI TEKNIKAL

MYCC

2020c

Komposisi
Composition

Nilai Muka
Face Value

Tempaan
Mintage

Berat
Weight

(grm)

Diameter

(mm)

Thickness

(mm)

AgP

Perak Pruf

Perak berwarna Pruf

Silver Proof
(99.9)

RM10

1,000

@RM253

31.1

Diameter

40.7

Tebal

 

NBU

Normal BU

Emas Nordik

Nordic Gold

 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)

RM1

15,000

@RM13.20

8.50

Diameter

30.00

Tebal

1.80

S2

Perak Pruf & Nordik Pruf

Set of 2

750

@RM308

 

 

Sisi

Edge

Bergerigi | Milled Edge

Bentuk

Shape

Bulat | Round

Kilang

Kilang Wang Shah Alam

Nota: Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk 10% SST.

 

Maklumat Tambahan

Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

 

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...