28 Julai 2019

Penantian Penggumpul Bakal Berakhir Setelah Menanti Hampir 2 Tahun



Penantian para numismatis untuk hampir 2 tahun tanpa sebarang syiling peringatan bakal berakhir setelah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima persembahan syiling khas daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus di Istana Negara pada 26 Julai 2019.



Syiling peringatan tersebut akan dikeluarkan bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.

Khabar berita yang sudah pasti mengembirakan para numismatis tempatan ini telah dimuatkan di laman facebook BNM pada 6.09 pm, 26 Julai 2019.

Portal berita Berita Harian melaporkan, Pengarah Jabatan Operasi Mata Wang Bank Negara Malaysia, En.Azman Mat Ali memberitahu bahawa BNM bakal mengeluarkan 3 jenis syiling peringatan seperti berikut:-


Ketiga-tiga syiling khas yang dikeluarkan BNM sempena Istiadat Pertabalan itu diukir dengan potret Yang di-Pertuan Agong pada bahagian hadapan syiling dan di sebelah belakang diukir lambang jata negara. --foto BERNAMA
Syiling Pruf Perak yang baru saja terbentuk di mesin tempaan duit syiling

Jenis
Denominasi
Tempaan
Emas (Au) Pruf
RM100
300
Perak (Ag) Pruf
RM10
1,500
Emas Nordik
RM1
20,000

Set 2 dlm 1
Perak Pruf 
Emas Nordik Pruf
1000
Bahagian Hadapan
Potret Yang di-Pertuan Agong
Bahagian Belakang
Lambang Jata Negara 

Para numismatis tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan syiling koleksi anda. Tempahan syiling peringatan hanya boleh dibuat di laman web rasmi BNM pada tarikh yang bakal diumumkan oleh pihak BNM.

Tempaan kali ini boleh dikatakan sebagai terbatas bagi syiling jenis emas. Syiling jenis perak ditempa 1,500 keping berbanding 500 keping bagi keluaran sebelum ini . Syiling jenis emas nordik pula bakal menjadi buruan dengan tempaan 15,000 keping. 

Sudah pasti keadaan ini bakal gegarkan "page" dan "Group" numismatik di facebook untuk 2-3 bulan dari sekarang.

Berikut ada senarai duit syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah tempaan untuk perbandingan.


Emas
Perak
Nordik
-
500
10,000
-
500
10,000
-
500
10,000
-
500
10,000
-
700
13,000
-
700
13,000
-
700
13,000
-
500
10,000
300
500
15,000
300
1,500
20,000

Semoga dengan adanya pengeluaran kali ini maka boleh lah kita menambah koleksi duit syiling peringatan di samping numiscat menambah "entry" baru setelah menyepi sekian lama.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...