29 September 2019

Jata Negara Malaysia dan Evolusinya


Jata Persekutuan
JATA BERWARNA

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna.

Lambang Kerajaan Persekutuan (Jata Negara) adalah hak Kerajaan Persekutuan. Lambang ini hanya boleh digunakan oleh Kementerian, Jabatan dan pegawai pegawai Kerajaan Persekutuan atas urusan rasmi. Perkara dinyatakan secara jelas melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2022 : Penggunaan Jata Persekutuan (sumber

(muat turut PDF)



Berikut adalah keterangan dan evolusi Jata Malaysia yang perlu kita fahami sebagai rakyat Malaysia.
BULAN SABIT
Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara
BINTANG
14 BUCU
menunjukan gabungan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan
5 BILAH KERIS
lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang.
Bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka.

Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu.

Empat jalur sama besarnya di  bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu:-
·         Hitam dan putih mewakili Negeri Pahang
·         Merah dan kuning mewakili Negeri Selangor
·         Hitam, putih dan kuning mewakili Negeri Perak
·         Merah, hitam dan kuning mewakili Negeri Sembilan.

Empat buah negeri tersebut adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Dua ekor harimau iaitu Harimau Malaya pula merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri:-

Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.

Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya iaitu bunga Kebangsaan Malaysia.

Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

JATA HITAM PUTIH
--------------------------------------------------------------------------
Panji-panji Diraja

Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah simbol kepada ketaatan warga Malaysia kepada Undang-undang dan Perlembagaan.

Panji-panji Diraja adalah simbol kepada kewujudan Institusi Yang di-Pertuan Agong.

Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi.

Warna kuning adalah warna Diraja manakala Karangan Padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.


---------------------------------------------------------------------------------


EVOLUSI JATA NEGARA SEJAK 1895 SEHINGGA KINI


Jata Negeri Melayu Bersekutu 1895-1946
Versi jata yang dikatakan asal dan digunakan sejak penubuhan negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pada asalnya hanya melibatkan 4 buah negeri sahaja iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan. Jata ini diperkenalkan pada tahun 1895 dengan cogan kata ditulis dalam bahasa Jawi, "Dipelihara Allah".


Jata Persekutuan Tanah Melayu 1948-1963
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 31 Januari 1948.
Jata Negara juga diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan.
Simbol mahkota juga turut diubah kepada simbol bulan dan bintang 11 bucu.

Perisai telah diubah suai dengan ditambah dengan perkara berikut:-

  • 5 keris sebagai lambang negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
  • Lambang negeri Pulau Pinang berbentuk imej Princess of Wales feathers
  • Lambang negeri Melaka berbentuk imej A Famosa. 
  • Cogankata "Dipelihara Allah" pula telah diubah kepada "UNITY IS STRENGTH" di dalam tulisan rumi dan jawi.



Jata Malaysia 1963-1965
Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dan membentuk Kerajaan persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

  • Lambang jata negara diubah mengikut keadaan identiti semasa negara.
  • Bintang diubah menjadi 14 bucu.
  • Lambang negeri Melaka diubah kepada pokok melaka.
  • Identiti negeri Singapura, Sabah dan Sarawak telah dimasukan ke dalam perisai.
  • Cogankata diubah sekali lagi kepada "BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU" menggunakan tulisan rumi dan jawi.


1965
Singapura meninggalkan Kerajaan Persekutuan Malaysia pada tahun 1965, maka jata negara diubah sekali lagi dengan mengeluarkan identiti Singapura daripada perisai.
Identiti Singapura digantikan dengan lambang bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya.


Jata Malaysia Terkini
Jata negara diubah lagi dengan penampilan Bunga Raya lebih menyerlah dan dua ekor Harimau Malaya yang gagah berani (tidak menjelir lidah).

Selain daripada itu, terdapat perubahan pada perkara berikut :-
  • Identiti negeri Sabah diubah kepada jata Sabah.
  • Identiti negeri Sarawak diubah kepada jata Sarawak.
  • Identiti negeri Pulau Pinang diubah kepada jata Pulau Pinang. 


Nota : Sila hubungi kami sekiranya ada fakta atau maklumat kurang tepat berkait tuisan ini. Sesungguhnya sumbangan anda mampu merekodkan maklumat berguna untuk para pembaca.

Sumber maklumat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...