29 Ogos 2020

MYCC 2020b : 25 Tahun Penubuhan Putrajaya

Home

MYCC

2020b

Syiling Peringatan Malaysia

(Commemorative Coin)

28 Ogos

2020

25 Tahun Penubuhan Putrajaya

25th Anniversary of the Establishment of Putrajaya

 



 

Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Penubuhan Putrajaya ke-25 (Putrajaya25).

 

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada hari ini (28 Ogos 2020) di Perdana Putra, Putrajaya.

 

Bahagian Hadapan

 

Potret Bangunan Perdana Putra yang melambangkan pusat pentadbiran negara, berlatarbelakangkan imej samaran Jambatan Seri Wawasan dan Mercu Tanda Putrajaya.

Perkataan "SAMBUTAN JUBLI PERAK PUTRAJAYA

Perkataan "UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA” dengan tulisan rumi dan jawi

Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-25 (1995-2020)

 

Bahagian Belakang

 

Logo rasmi sambutan Putrajaya25 dipaparkan di bahagian tengah duit syiling, berlatarbelakangkan corak susunan jubin lantai di Dataran Putra. Penggunaan frosting effects yang berbeza akan memastikan latar belakang kelihatan halus dan memberikan kesan kontras bagi menyerlahkan lagi warna logo rasmi.

Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.

Nilai Muka Duit Syiling

 

Jualan Duit Syiling Peringatan

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U)). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Maklumat lanjut tentang tempahan, pembayaran dan penghantaran akan diumumkan kepada orang ramai pada 25 September 2020.

 

SPESIFIKASI TEKNIKAL

MYCC

2020b

Komposisi
Composition

Nilai Muka
Face Value

Tempaan
Mintage

Berat
Weight

(grm)

Diameter

(mm)

Thickness

(mm)

AgP

Perak Pruf

Perak berwarna Pruf

Silver Proof
(99.9)

RM10

1,000

@RM253

31.1

Diameter

40.7

Tebal

 

NBU

Normal BU

Emas Nordik

Nordic Gold

 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)

RM1

15,000

@RM13.20

8.50

Diameter

30.00

Tebal

1.80

S2

Perak Pruf & Nordik Pruf

Set of 2

1000

@RM308

 

 

Sisi

Edge

Bergerigi | Milled Edge

Bentuk

Shape

Bulat | Round

Kilang

Kilang Wang Shah Alam

Nota: Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk 10% SST.

 

Maklumat Tambahan

Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


MYCC 2020 : 50 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia

Home

MYCC

2020a

Syiling Peringatan Malaysia

(Commemorative Coin)

27 Ogos

2020

50 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia

50th Anniversary of Universiti Kebangsaan Malaysia 

 


 

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke-50 (UKM50).

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar pada 21 Ogos 2020 di UKM

Bahagian Hadapan

  • Potret bangunan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), iaitu mercu tanda UKM yang menandakan titik permulaan (pendaftaran) dan pengakhiran (konvokesyen) kehidupan pelajar di UKM
  • Mercu tanda tersebut diapit oleh reka bentuk geometri yang membentuk bahagian luar DECTAR bagi melambangkan pencapaian penting dan pemodenan UKM sepanjang 50 tahun penubuhannya. Misi UKM untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dilambangkan melalui reka bentuk songket yang bermotifkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya
  • Perkataan "SAMBUTAN JUBLI EMAS
  • Perkataan "UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA” dengan tulisan rumi dan jawi
  • Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-50 UKM (1970-2020) tertera sebagai imej pendam (latent image) yang boleh bertukar-tukar di bahagian bawah duit syiling.

 

Bahagian Belakang

 

  • Logo rasmi sambutan jubli emas UKM jelas terpapar pada bahagian atas glob (globe) bagi melambangkan pengembaraan dan pencapaian ulung UKM yang telah mencapai taraf antara universiti terbaik dunia.
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling

 

Jualan Duit Syiling Peringatan

Bagi memberi peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap pembelian akan dihadkan (satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf), satu syiling duit emas Nordic (pruf) dan maksimum sehingga lima duit syiling emas Nordic (B.U)). Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya. Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan, pembayaran dan pengambilan, satu pengumuman akan dibuat kepada orang ramai pada 25 September 2020.

 

SPESIFIKASI TEKNIKAL

MYCC

2020a

Komposisi
Composition

Nilai Muka
Face Value

Tempaan
Mintage

Berat
Weight

(grm)

Diameter

(mm)

Thickness

(mm)

AgP

Perak Pruf

Perak Pruf

Silver Proof
(99.9)

RM10

1,000

@RM253

31.1

Diameter

40.7

Tebal

 


NP

Nordic Pruf

Emas Nordik Pruf

Nordic Gold Proof

 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)

RM1

1,000

@RM60.50

8.50

Diameter

30.00

Tebal

1.80

NBU

Normal BU

Emas Nordik

Nordic Gold

 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)

RM1

15,000

@RM13.20

8.50

Diameter

30.00

Tebal

1.80

NBU

Normal BU

Emas Nordik

Nordic Gold

 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)

Khas Buat Warga UKM?

RM1

10,000

@RM?

8.50

Diameter

30.00

Tebal

1.80

S2

Perak Pruf & Nordik Pruf

Set of 2

1000

@RM308

 

 

Sisi

Edge

Bergerigi | Milled Edge

Bentuk

Shape

Bulat | Round

Kilang

Kilang Wang Shah Alam

Nota: Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk 10% SST.

 

Maklumat Tambahan

Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

 

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...