09 Mei 2021

Wang kertas di dalam edaran pada Mar, Jun, Sep dan Dis 2020

 Home

 



Kami ingin berkongsi angka-angka yang mewakili jumlah mata wang di dalam edaran bagi keempat-empat suku tahun 2020. Harap perkongsian seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu arena numismatik tempatan dan seterusnya menjadi rujukan apabila perlu.


Jumlah Wang Kertas di Dalam Edaran

Denominasi

31 Mar 2020

30 Jun 2020

30 Sep 2020

31 Dis 2020

RM 1

2,613,000,000

2,803,300,000

2,698,800,000

2,677,200,000

RM 2

125,400,000

125,400,000

125,300,000

125,300,000

RM 5

2,557,300,000

2,667,200,000

2,543,600,000

2,517,500,000

RM10

6,375,800,000

6,477,800,000

6,331,200,000

6,329,500,000

RM20

3,288,700,000

3,435,400,000

3,410,500,000

3,506,100,000

RM50

47,937,400,000

52,757,800,000

52,604,600,000

56,027,700,000

RM100

49,771,500,000

52,951,600,000

54,875,600,000

55,421,100,000

RM500

74,700,000

74,700,000

74,700,000

74,700,000

RM1000

24,400,000

24,400,000

24,400,000

24,400,000

Lain2

7,800,000

7,800,000

7,800,000

7,800,000

Total  RM

112,776,000,000

121,325,400,000

122,696,500,000

126,711,300,000

Nota: Angka-angka di atas telah dibundarkan ke ratus ribu terdekat


(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. DINYAHWANGKAN BERKUAT KUASA PADA  1hb JULAI 1999

 

Sekiranya anda memiliki RM500 atau RM1000 (dalam keadaan baik) di dalam simpanan serta memiliki hasrat untuk memulangkannya kepada Bank Negara; Cuba hubungi mana-mana penjual atau pengumpul duit lama. Saya pasti mereka berminat untuk membayar anda dan memberikan nilai tambahan untuk wang tersebut.

Data berkait duit syiling di dalam edaran akan menyusul tidak lama lagi.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai wang kertas dan duit syiling di dalam edaran sejak 2014.

 Maklumat tambahan - Kenyataan rasmi BNM 

 

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh pihak BNM untuk tatapan umum dan dunia berkait modal dan liabiliti Malaysia bagi tahun berakhir 15 oKT 2020 secara sah (Menurut Seksyen 12(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009).  Kenyataan tersebut telah  dibentangkan oleh Gabenor BNM.

Jumlah mata wang di dalam edaran adalah salah satu angka yang mewakili modal dan liabiliti negara. 

  

Mengikut angka yang dikongsikan oleh BNM di dalam kenyataan modal dan liabiliti bagi tahun 15 Oct 2020, Jumlah wang di dalam edaran tersebut mewakili semua mata wang yang dikeluarkan oleh BNM sejak 1967.


Angka tersebut juga termasuk wang kertas edaran, wang kertas peringatan, duit syiling edaran dan  duit syiling peringatan yang masih berada di dalam edaran pada tarikh yang dinyatahkan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...