01 Julai 2020

Kupang hilang dicuri


Kami menerima satu perkongsian tentang kehilangan sekeping Kupang daripada salah seorang ahli numismatik di Facebook Groups. Kami harap anda akan membaca, memahami dan seterusnya berusaha untuk berkongsi maklumat ini sehingga semua ahli numismatis mengetahui hal ini. Harapan kami adalah agar Kupang tersebut mempu ditemui dan kembali kepada tuannya.

Berikut adalah perkongsian tersebut :


Kupang Kesultanan Johor dari pemerintahan Sultan Abdullah Ma'ayat Shah

Helo rakan-rakan dan para numismatis,

Sekeping Kupang Kesultanan Johor dari pemerintahan Sultan Abdullah Ma'ayat Shah telah hilang dicuri semasa dikiriman (surat) pada 22 Jun 2020. Saya telah membeli Kupang seperti di gambar dan beratnya sekitar 0.63 gram, dari seorang peniaga numismatik terkenal Amerika pada 3 Jun 2020 sebagai ganjaran untuk perbelanjaan minimum saya semasa 'lockdown' dan untuk mengembalikannya ke tanah air kita, di mana ianya adalah sebahagian daripada warisan Malaysia kita.

Disebalik penantian, saya mendapati bungkusan itu basah dan memiliki kesan koyak kecil ketika menerimanya pada 22 Jun 2020. Menjangka yang terburuk, saya mendapati "corrugated cardboard" dalaman (di mana barang-barang numismatik biasanya dihantar untuk mencegah pencurian semasa kiriman ) juga lembap dan terkoyak. Seperti yang ditakuti, Kupang tersebut telah hilang dan tidak dijumpai.

Sambil tidak meletakan harapan, sekurang-kurangnya saya ingin mencuba dan memastikan si pencuri mendapat keuntungan seminima mungkin dari perbuatannya. Penjual numismatik dari mana saya membeli Kupang tersebut telah menyebarkan perincian dan gambar Kupang di beberapa pangkalan data duit syiling yang dicuri untuk menghalang mana-mana pelelong terkenal daripada menerimanya sekiranya kupang tersebut cuba dilelong.

Oleh itu, saya juga akan berterima kasih sekiranya anda dapat menolong saya dengan berkongsi perkara ini di kalangan rakan-rakan dan peniaga-peniaga numismatik anda untuk membuat mereka berjaga-jaga dan untuk menghubungi pihak polis sekiranya menemui Kupang tersebut kerana ianya merupakan isu jenayah yang disiasat oleh pihak polis Malaysia (No. Laporan Petaling / 005938/20) dan Pos Malaysia Berhad (No. Aduan CP20062300290).

Terima Kasih. 

---------------------------------------------------------------------

Perkongsian sebenar :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...