20 Ogos 2019

Panduan Tempahan dan Pembayaran Syiling Peringatan BNM



Sudah pasti ramai telah sedar dan tahu akan pendaftaran untuk pembelian duit syiling peringatan Pertabalan Agong  XVI  Al-Sultan Abdullah telah dibuka oleh BNM. Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan koleksi anda, sila layari laman web BNM untuk tujuan pendaftaran dan pembayaran.


Berikut adalah beberapa maklumat penting dari BNM yang akan membantu anda semua:-

  • Semua pembeli wajib berdaftar di duit.bnm.gov.my.
  • Tempahan dibuka mulai 9 pagi,  19 Ogos 2019 hingga 11 malam, 23 Ogos 2019.
  • Cetak/simpan pengesahan tempahan untuk rujukan.
  • Cabutan/Pengundian hanya akan dilakukan sekiranya tempahan melebihi stok.
  • Hanya bayaran e-payment  (Kad kredit/debit atau online banking).
  • Pembeli yang berdaftar berserta dengan bayaran sahaja dikira sebagai "pembeli berdaftar"
  • Bayaran tunai atau pindahan ke akaun bank (bank transfer) tidak dibenarkan.
  • Keputusan tempahan pada 17 September 2019 di https://duit.bnm.gov.my
  • Pengambilan syiling peringatan bermula pada 30 September hingga 11 Oktober 2019.
  • Pembeli yg berjaya wajib mengambil tempahannya pada tarikh yang ditetapkan.
  • Wajib berdaftar dengan maklumat asal seperti di MyKad dan hadir sendiri utk pengambilan.
  • Bukan warganegara boleh berdaftar menggunakan passport dan hadir sendiri utk pengambilan
  • Tiada had umur untuk pendaftaran namun tetapi penama yang berdaftar wajib hadir untuk pengambilan.
  • Pastikan tiada sebarang kesilapan maklumat sebelum meneruskan ke proses pembayaran.
  • Bayaran bagi tempahan yang tidak berjaya akan dikembalikan kepada pembeli dalam masa sekitar 14 hari dari tarikh cabutan tempahan. Bayaran ini mungkin akan dilakukan sebelum pengumuman keputusan tempahan.
  • Pembeli tidak boleh membatalkan tempahan yang telah diseratakan dengan bayaran.
  • Bank Negara Malaysia berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat tanpa perlu memberikan apa-apa notis terlebih dahulu 




Berikut adalah perkara yang saya ingin berkongsi dengan anda:-

  • Sekiranya anda tidak memiliki kemudahan untuk e-bayaran, anda boleh meminta bantuan ahli keluarga atau kenalan yang boleh dipercayai untuk melakukan pembayaran menggunakan e-bayaran mereka.
  • Pihak BNM tidak memberitahu bagaimana mereka akan kembalikan bayaran tetapi saya percaya BNM akan kembalikan bayaran ke akaun bank asal yang membuat bayaran.
  • BNM ada menyebut bahawa tiada had umur untuk pendaftaran tetapi tidak menyebut pembeli boleh membawa MyKid untuk pengambilan syiling peringatan. (sedikit kekeliruan di sini)
  • Seseorang yang tidak memiliki kad kredit/debit dan access ke online banking tidak boleh berdaftar dengan BNM. (Kekurangan ke?)
  • Pengambilan pada hari bekerja sahaja. Pihak numiscat benar-benar mengharapkan pihak BNM akan meminda syarat ini daripada hari bekerja ke "setiap hari bermula pada 30 September hingga 11 Oktober 2019".


Secara keseluruhan, numiscat rasa puas hati dengan sistem yang sedang dicuba oleh pihak BNM ini. Kami pasti pihak BNM sudah mendapatkan pandangan dan cadangan daripada para numismatis negara berkait sistem ini.

Kepada semua para numismatis di luar sana, pihak numiscat mengucapkan "SELAMAT BERJAYA" di dalam pemburuan masing-masing. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...