07 Januari 2015

Prefix & No Siri





Awalan atau Prefiks (Prefix)


Prefix dan Nombor Siri pada wang kertas/polymer keluaran BNM adalah nombor berdaftar bagi setiap kepingan wang yang dicetak. Ianya berbeza-beza dan tidak sama sekali boleh wujud prefix dan nombor siri sama pada dua keping wang kertas. Sekiranya wujud itu bermaksud salah satu dari 2 keping tersebut adalah bukan asli (palsu). Setiap keping wang kertas/polimer keluaran BNM akan bermula dengan Prefix dan diikuti dengan No Siri. Prefix bagi wang kertas dan polymer edaran keluaran BNM memiliki 3 jenis prefix iaitu:-

  • Prefix campuran 1 abjad dan 2 digit nombor (A/1, B/22, Z/1)
  • Prefix 2 abjad (AA, AB, ZA)
  • Prefix 3 abjad (AAA, ABC, ZAA)

Prefix campuran 1 abjad dan 1 digit nombor (A/1) adalah prefix terawal yang diguna pakai sejak wang kertas siri pertama dikeluarkan ketika era Gabenor ke 2 Tun Ismail bin Mohamed Ali. Wang kertas keluaran BNM bermula dengan prefix campuran 1 abjad dan 2 digit nombor di mana ketika itu setiap set memiliki 1 juta nombor iaitu bernombor 000001 hingga 1000000 (satu hingga satu juta).

Prefix campuran 2 abjad dan 2 digit nombor (KL/98) adalah prefix istimewa dan hanya kelihatan pada wang polymer peringatan Sukan Komenwell 1998 berdenominasi RM50. Prefix  campuran 2 abjad dan 2 digit nombor tersebut dikeluarkan semasa wang kertas edaran siri ke 8 era Gabenor ke 5 iaitu Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don. 

Prefix 2 abjad (AA) tanpa campuran nombor mula diperkenalkan pada wang kertas keluaran BNM siri ke 5 ketika era Gabenor ke 3 iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Taha. Setiap set memiliki 10 juta nombor iaitu bernombor siri 0000001 hingga 10000000 (satu hingga sepuluh juta).

Prefix 3 abjad (AAA) mula diperkenalkan pada era Gabenor ke 7 iaitu Tan Seri Dato' Seri Dr.Zeti Akhtar Aziz. Setiap set memiliki 10 juta nombor iaitu bernombor siri 0000001 hingga 10000000 (satu hingga sepuluh juta).

Prefix terdiri daripada abjad A hingga Z dan dan nombor 1 hingga 99. Abjad I dan O tidak digunakan untuk mengelak sebarang kekeliruan.

Anda boleh membaca lebih lanjut berkait Prefix Pilihan di sini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...