MYCC 2020c |
Syiling Peringatan Malaysia (Commemorative Coin) |
20 Nov 2020 |
||||||||
Asia-Pacific
Economic Cooperation Meetings 2020 (APEC 2020) |
||||||||||
Bank
Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling
peringatan bersempena dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020
di Malaysia (APEC 2020). Duit
syiling peringatan ini dilancarkan bersempena dengan Mesyuarat Ketua-ketua
Negara APEC pada 20 November 2020. Reka Bentuk Duit Syiling Duit
syiling peringatan ini ditempa dengan dua teknik permukaan yang berbeza
dengan menggunakan teknologi laser canggih dan digital frosting untuk
mencipta kesan pelangi. Reka bentuk ini merupakan pengeluaran yang pertama
seumpama itu. Reka bentuk syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut: Bahagian Hadapan Reka bentuk artistik 21 imej manusia (human figures) pada bahagian tengah duit syiling melambangkan kerjasama 21 negara APEC untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan di rantau ini.
Bahagian Belakang Elemen
hiasan corak songket bunga pecah lapan yang menjadi latar belakang bahagian
ini melambangkan kekayaan budaya Malaysia.
Jualan Duit Syiling Peringatan Bagi
memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling
edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu
set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima
duit syiling emas Nordic (B.U)). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah
ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Maklumat lanjut
tentang tempahan, pembayaran dan penghantaran akan diumumkan kepada orang
ramai. |
||||||||||
SPESIFIKASI TEKNIKAL |
||||||||||
MYCC 2020c |
Komposisi |
Nilai Muka |
Tempaan |
Berat (grm) |
Diameter (mm) |
|||||
Thickness (mm) |
||||||||||
AgP Perak Pruf |
Perak berwarna Pruf Silver Proof |
RM10 |
1,000 @RM253 |
31.1 |
Diameter 40.7 |
|||||
Tebal |
||||||||||
NBU Normal BU |
Emas Nordik Nordic Gold (Cu89 Zn5 Al5 Sn1) |
RM1 |
15,000 @RM13.20 |
8.50 |
Diameter 30.00 |
|||||
Tebal 1.80 |
||||||||||
S2 |
Perak Pruf & Nordik
Pruf |
Set of 2 |
750 @RM308 |
|
|
|||||
Sisi Edge |
Bergerigi | Milled Edge |
|||||||||
Bentuk Shape |
Bulat | Round |
|||||||||
Kilang |
Kilang Wang Shah Alam |
|||||||||
Nota:
Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk 10% SST. |
||||||||||
|
||||||||||
Maklumat Tambahan |
||||||||||
Semua Duit Syiling
Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium
pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya
ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM. Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan. |
||||||||||
|
||||||||||
|
|
|
|
|
||||||
|
|
|
|
|
14 Februari 2021
MYCC 2020c : APEC 2020
29 Ogos 2020
MYCC 2020b : 25 Tahun Penubuhan Putrajaya
MYCC 2020b |
Syiling Peringatan Malaysia (Commemorative Coin) |
28
Ogos 2020 |
||||||||
25 Tahun Penubuhan Putrajaya 25th Anniversary of the Establishment of Putrajaya |
||||||||||
Bank
Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling
peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Penubuhan Putrajaya ke-25
(Putrajaya25). Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada hari
ini (28 Ogos 2020) di Perdana Putra, Putrajaya. Bahagian Hadapan Potret Bangunan Perdana Putra yang
melambangkan pusat pentadbiran negara, berlatarbelakangkan imej samaran
Jambatan Seri Wawasan dan Mercu Tanda Putrajaya. Perkataan "SAMBUTAN JUBLI PERAK PUTRAJAYA” Perkataan "UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA” dengan tulisan rumi dan jawi Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-25
(1995-2020) Bahagian Belakang Logo
rasmi sambutan Putrajaya25 dipaparkan di bahagian tengah duit syiling,
berlatarbelakangkan corak susunan jubin lantai di Dataran Putra. Penggunaan
frosting effects yang berbeza akan memastikan latar belakang kelihatan halus
dan memberikan kesan kontras bagi menyerlahkan lagi warna logo rasmi. Perkataan
BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak
berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini. Nilai
Muka Duit Syiling Jualan Duit Syiling Peringatan Bagi memberikan
peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad
ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu set dua dalam
satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling
emas Nordic (B.U)). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan,
tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Maklumat lanjut tentang tempahan,
pembayaran dan penghantaran akan diumumkan kepada orang ramai pada 25
September 2020. |
||||||||||
SPESIFIKASI TEKNIKAL |
||||||||||
MYCC 2020b |
Komposisi |
Nilai Muka |
Tempaan |
Berat (grm) |
Diameter (mm) |
|||||
Thickness (mm) |
||||||||||
AgP Perak Pruf |
Perak berwarna Pruf Silver Proof |
RM10 |
1,000 @RM253 |
31.1 |
Diameter 40.7 |
|||||
Tebal |
||||||||||
NBU Normal BU |
Emas Nordik Nordic Gold (Cu89 Zn5 Al5 Sn1) |
RM1 |
15,000 @RM13.20 |
8.50 |
Diameter 30.00 |
|||||
Tebal 1.80 |
||||||||||
S2 |
Perak Pruf & Nordik
Pruf |
Set of 2 |
1000 @RM308 |
|
|
|||||
Sisi Edge |
Bergerigi | Milled Edge |
|||||||||
Bentuk Shape |
Bulat | Round |
|||||||||
Kilang |
Kilang Wang Shah Alam |
|||||||||
Nota:
Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk 10% SST. |
||||||||||
|
||||||||||
Maklumat Tambahan |
||||||||||
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM. Namun, jika anda
ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya
kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan. |
||||||||||
|
||||||||||
|
|
|
|
|
||||||
|
|
|
|
|