04 Ogos 2016

Pameran 'Karya Kertas: Seni Matawang'


\
  
Pameran ini mempertengahkan pembaharuan kepada seni mata wang kertas dari yang terawal sehingga ke yang terkini dengan menampilkan reka corak yang unggul serta penambahan ciri-ciri keselamatan mengikut perubahan teknologi.

Karya Kertas : Seni Matawang sebenarnya adalah suatu seni yang amat halus sehingga ianya tidak mampu disedari oleh kebanyakan pengguna yang biasa memegang matawang kertas. Sekiranya anda bukan seorang 'pengumpul wang kertas' maka agar susah untuk anda mendalami kesenian yang dipertengahkan di dalam pameran ini di mana seni matawang yang dimaksudkan biasanya terlindung di dalam dompet anda.

Wang kertas siri terbaru 'Keunikan Malaysia' tersenarai di antara 10 wang kertas tercantik di dunia. Ini membuktikan Bank Negara Malaysia tidak hanya mementingkan kestabilan permintaan wang kertas di dalam edaran; disebalaiknya Bank Negara Malaysia juga peka dengan kesenian yang hanya mampu dilihat oleh 'mata-mata' berjiwa numismatik.


Kesenian tersebut kini dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang bermula 4 Ogos 2016 hingga 30 November 2016. Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah PERCUMA.

Sila klik di sini untuk membaca lebih lanjut berkait pameran Karya Kertas : Seni Matawang.




Sebahagian daripada bahan pameran yang wajib di lihat oleh semua numismatis



Plat Tanda Tangan Tun Ismail Mohammad Ali
Plat Tanda Tangan Tun Ismail Mohammad Ali

Plat cetakan RM100 Siri Ke-6 era Tun Jaffar Hussein.
Plat cetakan RM100 Siri Ke-6 era Tun Jaffar Hussein.
Plat ini diukir dengan tangan "hand made".

10 Ribu Dollar, Bank Negara Tanah Melayu - Pattern Note
10 Ribu Dollar, Bank Negara Tanah Melayu - Pattern Note

04 Julai 2016

Encik Abdul Rasheed dilantik Timbalan Gabenor Baharu BNM


Encik Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour
Timbalan Gabenor  BNM
Encik Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour telah diumumkan sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 16 Julai 2016 oleh Bank Negara Malaysia.

Timbalan Gabenor baharu dilantik, Encik Abdul Rasheed akan bertanggungjawab bagi pengawalseliaan dan pembangunan sektor kewangan termasuk sistem pembayaran di samping pengurusan rizab antarabangsa dan operasi pasaran wang serta pentadbiran pertukaran asing.

Encik Abdul Rasheed kini merupakan Penolong Gabenor yang bertanggungjawab bagi sektor Dasar Monetari dan Ekonomi yang terdiri daripada Jabatan Dasar Monetari, Jabatan Ekonomi, Jabatan Antarabangsa dan Jabatan Perkhidmatan Statistik di Bank Negara Malaysia. Encik Abdul Rasheed ialah ahli Jawatankuasa Pengurusan Bank dan ahli jawatankuasa bagi beberapa jawatankuasa dasar iaitu Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko.

Encik Abdul Rasheed telah berkhidmat di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Washington D.C. sebagai Pengarah Eksekutif Silih Ganti di Pejabat Kumpulan Asia Tenggara dalam Lembaga Eksekutif IMF. Beliau telah memainkan peranan utama dalam pembangunan dan kejayaan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan perumusan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020). Beliau juga terlibat dalam inisiatif kerjasama serantau semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN termasuk persetujuan Ringkasan Pencapaian ASEAN dan pembangunan Pelan pasca-2015 Integrasi Kewangan ASEAN.

Encik Abdul Rasheed memulakan kerjaya di Bank pada tahun 1988 dan beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya.

Bank Negara Malaysia perlu memiliki tiga orang Timbalan Gabenor seperti yang diperuntukkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009. Salah seorang Timbalan Gabenor sebelum ini, Datuk Muhammad Ibrahim telah dilantik menjadi Gebonor BNM dan kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Muhammad Ibrahim telah diisi oleh Encik Abdul Rasheed.


Dua timbalan gabenor lain ialah Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Dr Sukudhew Singh.


09 Jun 2016

Cabaran Memiliki Syiling Peringatan 100 Tahun PPPM di Sasana Kijang



Sekiranya anda ingin mendapatkan duit syiling peringatan pada hari pertama ianya dijual maka anda terpaksa berdepan dengan banyak cabaran dan perlu kekal cekal dab bersabar.

Segalanya sudah tidak seperti dahulu lagi di mana hanya perlu berkumpul dan beratur di waktu subuh sekitar jam 5 pagi. Kini sekiranya anda tiba sekitar 5 pagi di Sasana Kijang, anda akan terperanjat dengan satu kumpulan manusia sekitar 200 orang.


Ketika dan sebelum penjualan duit syiling 70 Tahun RTM, para pengumpul masih boleh berteduh dan duduk di atas kaki lima di tepi pintu masuk bersebelahan galeri kanak-kanak.

Bermula sejak penjualan duit syiling 50 Tahun Yayasan Sabah, Abang-abang Polis Bantuan sudah tidak membenarkan sesiapapun berada di atas kaki lima bangunan Sasana Kijang. Pengumpul dibiarkan tanpa pilihan melainkan menunggu di tepi jalan dengan berbumbungkan awan biru.



Penantian sepanjang malam belum dapat membuahkan hasil setelah pintu masuk dibuka sekitar jam 7 pagi. Kumpulan manusia yang telah menanti sejak malam tadi perlu beratur masuk untuk mendapatkan nombor giliran.


Untuk duit syiling 100 Tahun PPPM ini, nombor tag bermula dengan 480. Pemilik tag bernombor 480 telah dipanggil pada pukul 9 pagi untuk merasmikan penjualan duit syiling 100 tahun PPPM di Sasana Kijang.

Seorang pembeli hanya dibenarkan membeli sebuah set of 2, sebuah single silver dan 3 keping Nordic Gold (coin Card). Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih dari 3 keping Coin Card atau syiling lain, maka terpaksa beratur untuk kali kedua, ketika dan seterusnya.

Syiling single silver telah habis dijual sekitar jam 10.20 pagi . Hanya 93 keping single silver sahaja dijual di Sasana Kijang biarpun angaran saya sepatutnya lebih daripada itu.

Coin Card habis dijual sekitar 2.20 petang. Lebih kurang 1400 keping Coin Card sahaja dijual di Sasana Kijang.


Pemilik tag bernombor 1015 terpaksa balik tanpa mendapatkan Coin Card setelah menunggu hampir 2 jam (3rd Round) disebabkan stok telah habis dijual. Namun berjaya mendapatkan Katalog lelongan pertama MyNumismatics daripada sifu Dickson Niew.

Setelah menghabiskan masa selama 18 jam di Sasana Kijang, akhirnya saya balik dengan sekeping single silver, sebuah set of 2 dan 6 keping coin card + bonus daripada DBKL (jemputan untuk membayar saman parkir)

Sebahagian pengumpul disaman oleh DBKL kerana meletakan kereta di sisi jalan. Ianya pasti meningkatkan kos dan modal untuk mendapatkan syiling PPPM kali ini. Apapun yang penting adalah pengalaman dan kenangan yang tercipta ketika anda cuba mendapatkan bahan koleksi daripada BNM.

Sekiranya kita mengimbas kembali, saya pasti coin card 100 Tahun PPPM adalah yang paling sukar untuk dimiliki bagi tahun ini (di Sasana Kijang). 

Cabaran menjadi bertambah hebat kepada semua pengumpul beragama Islam kerana 6hb Jun 2016 merupakan 1 Ramadhan 1437.

Tapi jangan terpedaya dengan mainan dan pertunjukan silap mata dunia numismatik. Sesungguhnya kesemua (4) syiling yang dikeluarkan di dalam tahun ini memiliki tempaan sama. Cuma pihak BNM melepaskan jumlah berbeza bagi setiap syiling peringatan sehingga pengumpul terasa kesukarannya. 


Syiling Peringatan Tahun 2016
numiscat.blogspot.my
Jumlah Tempaan
S3
S2
Au
Ag
N
-
2000
-
500
10k
-
2000
-
500
10k
-
2000
-
500
10k
-
2000
-
500
10k


07 Jun 2016

Apakah syiling peringatan seterusnya bagi tahun ini?



Syiling peringatan ke 4 bagi tahun 2016 telah dilancarkan pada 28hb Mei 2016 dan telah dijual kepada umum oleh BNM pada 6hb Jun (semalam). Mungkin ramai sudah terbeban dengan keluaran syiling peringatan selang sebulan sejak pengeluaran pertama pada bulan Februari 2016.

Berikut adalah senarainya duit syiling peringatan yang telah dilancarkan dan telah dijual kepada umum pada tahun ini:-

Nama Syiling Peringatan
Tarikh
Pelancaran
Tarikh
Jualan
27hb Feb
29hb Feb
16hb Apr
25hb Apr
9hb MEi
16hb Mei
28hb Mei
6hb Jun
30 Tahun Muzium TUDM
13 Feb
?

Namun senarai di atas belum berakhir dengan mengambil kira beberapa fakta yang masih menjadi misteri di kalangan para pengumpul syiling peringatan. 

Ramalan dan khabar angin menyenaraikan banyak lagi duit syiling di dalam senarai tahun ini. Biarpun ramalan dan khabar angin tersebut tidak disokong oleh sebarang fakta namun kami memiliki bukti bahawa terdapat sekeping duit syiling yang telah dilancarkan pada awal tahun ini tetapi masih belum dijual kepada umum.

Syiling peringatan 30 Tahun Muzium TUDM sebenarnya telah dilancarkan oleh Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Roslan Saad pada 13hb Feb 2016. Namun ianya masih belum dijual kepada umum seperti syiling-syiling peringatan lain yang telah dilancarkan selepasnya.

Kami sebenarnya menantikan syiling peringatan 30 Tahun Muzium TUDM sejak bulan Februari 2016 lagi tetapi Syiling Kejohanan Ping Pong pula yang muncul pada bulan Februari dan diikuti 70 Tahun RTM pada March/April. Setelah itu  50 Tahun Yayasan Sabah pada April/Mei dan yang terbaru 100 Tahun PPPM Mei/Jun. 

Kami panjangkan harapan untuk melihat syiling 30 Tahun Muzium TUDM yang telah dilancarkan pada bulan Februari lalu akan dijual kepada umum sebagai syiling ke lima bagi tahun 2016.

03 Jun 2016

Banknotes, Coins & Collectibles Auction Series 1/2016


Banknotes, Coins & Collectibles Auction Series 1/2016

MyNumismatics Sdn. Bhd bakal mengadakan lelongan awam  koleksi numismatik, 'Banknotes, Coins & Collectibles Auction Series 1/2016' pada 19hb Jun 2016.

MyNumismatics Sdn. Bhd diterajui oleh 6 orangnumismatis yang memiliki nama besar dan pengelaman luas di dalam dunia numismatik tempatan dan acara lelongan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Berikut adalah maklumat berkait lelongan 'Banknotes, Coins & Collectibles Auction Series 1/2016'


Date & Time:  19 June 2016 (Sunday) @ 9.30am

Lokasi :  Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara,50566 Kuala Lumpur, Malaysia.

Sessions Auction Commence:  9:30am
Session 1: Coins 
Session 2: Collectibles
Session 3: Special Donation Lots
Session 4: Banknotes

Auction Registration: 8:30am onwards

Lots Viewing Date: 11 June 2016 & 18 June 2016 (Saturday), 1:00pm to 6:00pm

Lots Viewing Venue: Dickson Niew Collection  58, Jalan SS 14/2, SS 14, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Public Enquiry:  Potential bidders are advised to contact us and visit our office for more information.


  • Pihak  MyNumismatics Sdn. Bhd tidak mengenakan sebarang deposit bagi proses pendaftaran.
  • 10% Premium Pembeli (Buyer's Premium)  akan dikenakan ke atas semua jualan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...