Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada Mar, Jun, Sep dan Dis 2020 dan berikut adalah angka dan jumlah angka berkait duit syiling yang berada di dalam edaran bagi kesemua empat suku bagi tahun 2020
Berikut adalah senarai denominasi duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di dalam edaran pada suku pertama, kedua, ketiga dan keempat bagi tahun 2020.
Jumlah Duit Syiling di dalam edaran |
|||||
Denom |
31 Mar 2020 |
30 Jun 2020 |
30
Sep 2020 |
31 Dis 2020 |
Keterangan |
1
Sen |
43,300,000 |
43,300,000 |
43,300,000 |
43,294,947 |
Keluaran sejak 1967-2007 |
5
Sen |
224,800,000 |
226,900,000 |
220,000,000 |
230,840,559 |
Termasuk Siri 1,2,3 |
10
Sen |
840,500,000 |
847,300,000 |
855,600,000 |
862,625,033 |
|
20
Sen |
1,102,800,000 |
1,112,400,000 |
1,124,500,000 |
1,134,652,882 |
|
50
Sen |
1,291,100,000 |
1,303,100,000 |
1,319,200,000 |
1,333,546,641 |
|
RM
1 |
32,300,000 |
32,300,000 |
32,300,000 |
32,329,219 |
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan
syiling peringatan. |
RM
5 |
9,700,000 |
9,700,000 |
9,700,000 |
9,716,275 |
|
Lain2 |
65,700,000 |
65,700,000 |
65,700,000 |
657,426,375 |
Selain dari denom yang tersenarai
di atas |
Total RM |
3,610,200,000 |
3,640,700,000 |
3,670,300,000 |
4,304,431,930 |
|
Nota:
Angka-angka di atas telah dibundarkan ke ratus ribu terdekat |
* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.
Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah
dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis
syiling edaran dan jenis syiling peringatan.
Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan
disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.
Klik di sini untuk mendapatkan senarai wang kertas dan duit syiling di dalam edaran sejak 2014.
Maklumat tambahan - Kenyataan rasmi BNM
Berikut adalah salah satu kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh
pihak BNM untuk tatapan umum dan dunia berkait modal dan liabiliti Malaysia
bagi tahun berakhir 31 Dis 2019 secara sah (Menurut Seksyen 12(1) Akta Bank
Negara Malaysia 2009). Kenyataan tersebut telah dibentangkan oleh
Timbalan Gabenor BNM Tuan Abdul Rasheed Ghaffour pada 8 Januari 2010.
Jumlah mata wang di dalam edaran adalah salah satu angka yang
mewakili modal dan liabiliti negara.
Mengikut angka yang dikongsikan oleh BNM di dalam kenyataan modal dan liabiliti bagi tahun 15 Oct 2020, Jumlah wang di dalam edaran tersebut mewakili semua mata wang yang dikeluarkan oleh BNM sejak 1967.
Angka tersebut juga termasuk wang kertas edaran, wang kertas peringatan, duit syiling edaran dan duit syiling peringatan yang masih berada di dalam edaran pada tarikh yang dinyatahkan.